HF FT Piala Malaysia Cover Perak Away

Piala Malaysia 2017: Perak 1 JDT 1, Satu Gol Tempat Lawan Kelebihan Buat JDT

 

Perlawanan separuh akhir pertama Piala Malaysia 2017 menemukan pasukan Harima Selatan dengan ‘The Bos Gaurus’  di Stadium Ipoh. Jphor Darul Ta’zim (JDT) hadir ke Ipoh dengan harapan untuk membawa bekalan selesa ke Larkin.

Ulisess Morais seperti biasa menggunakan formasi 4-3-3 untuk anak buahnya dengan menggandingkan Natxo Insa, Safiq Rahim dan Gary Steven Robart di bahagian tengah. Barisan serangan diterajui 3 pemain import JDT Mohammed Ghaddar, Gabriel Guerra dan Gonzalo Cabrerra.

[AdSense-B]

Manakala di barisan pertahanan gandingan Fadhli Shas, Junior Eldstal, S. Kunalan dan Hasbullah Abu Bakar diberi kepercayaan untuk mempertahankan gawang yang dikawwal Izham Tarmizi.

Mehmet Durokovic pula mencaturkan formasi 4-2-2 untu anak-anak buahnya. Perak turun tanpa 3 pemain utama mereka yang mengalami kecederaan. Yashir Pinto, Hafiz Kamal dan Leandro masing-masing tidak dapat diturunkan. Gilmar dan Zaquan Adha memikul tanggungjawab utama untuk menggempur gawang JDT

Separuh Masa Pertama

Perlawanan dimulakan pasukan Perak yang cuba mengatur serangan awal ke kubu JDT. Peluang pertama hadir buat Perak pada minit ke-3 melalui sepakan percuma dari sebelah kanan yang diambil Nazirul Naim masuk kedalam kotak penalti namun ditanduk keluar Natxo Insa.

JDT yang tersentak dengan serangan awal tersebut melakukan serangan balas namun sepakan Gabriel Guerra yang menerima lorongan Safiq Rahim diselamatkan penjaga gol kebangsaan, Hafizul Hakim pada minit ke-4.

[AdSense-B]

Peluang sekali lagi terhidang buat JDT apabila Safiq Rahim yang menerima hantaraan daripada Ghaddar yang sebelum itu menggelecek peratahanan Perak pada minit ke-9. Walaubagaimanapun sepakan Safiq tersebut sekali lagi dinafikan Hafizul.

Sepuluh minit pertama memperlihatkan Perak bermain ‘high pressing’ bagi memberikan tekanan kepada pemain JDT. JDT mula mendapat rentak selepas selepas 10 minit pertama apabila mula melakukan serangan melalui ‘build up play’ yang menarik.

Minit ke-15 Natxo Insa memperolehi peluang terbaik untuk menjaringkan gol apabila menerima hantaran lintang Guerra. Namun sepakan Insa lemah dan mudah diselamatkan Hafizul.

Perak cuba melakukan seranga dari kedua-dua arah kiri dan kanan dengan menggunakan hantaran-hantaran lintang. Walaubagaimanapun ianya sering dinafikan Izham Tarmizi.

Perak akhirnya mempunyai gol pendahuluan pada minit ke-18 apabila gerakan Gilmar yang kemudiannya melorongkan bola kepada Zaquan Adha tertampan Hasbullah Abu Bakar ke gawang sendiri. Izham yang cuba menyelamatkan bola tersebut gagal apabila beliau tergelincir dan terpaksa membenarkan gol pertama buat Perak.

[AdSense-B]

Percubaan terbaik JDT untuk menyamakan kedudukan hadir pada minit ke-21. namun sepakan Safiq Rahim yang menerima hantaran Guerra  berjaya diselamatkan sekali lagi oleh Hafizul.

Pada minit ke-37 situasi 1 lawan 1 gagal disempurnakan Ghaddar selepas menerima bola hantaran Izham Tarmizi.

3 minit masa tambahan untuk separuh masa pertama gagal disempurnakan kedua-dua pasukan untuk menambah jaringan. JDT terpaksa masuk kebilik persalinan dengan ketinggalan 1 gol.

Separuh Masa Kedua

JDT melakukan pertukaran pertama dengan mengeluarkan Hasbullah yang menjaringkan gol sendiri pada separuh masa pertama tadi. Fazly Mazlan memikul tanggungjawab selaku bek kiri setelah Hasbullah dikeluarkan.

JDT memulakan separuh masa kedua dengan cuba melakukan beberapa siri serangan. Kebangkitan yang cuba ditunjukkan pemain-pemain JDT diperlihatkan melalui gerakan-gerakan dengan hantaran-hantaran pendek. Walaubagaimanapun barisan pertahan Perak masih mengekalkan disiplin mereka dalam bertahan untuk menafikan serangan JDT.

[AdSense-B]

Minit ke-52 menyaksikan JDT cuba melakukan serangan dari sebelah kiri melalui gandinga Cabrerra dan Fazly Mazlan. Walaubagaimanapun hantaran lintang yang cuba dilakukan Fazly berjaya dihadang Shahrom Kalam.

Perak memperolehi peluang pada minit ke-57 apabila Zaquan Adha yang menerima lorongan cuba melakukan kuisan melepasi penjaga gol JDT namun ianya berjaya dinafikan Izham Tarmizi.

Shahrul Saad dilayangkan kad kuning pada minit ke-58 setelah menolak Gary yang berjaya menggelecek melepasi beliau. Natxo Insa mempunyai peluang pada minit ke-59 namun rembatannya tinggi melewati palang gol.

Pertukaran kedua dilakukan JDT dengan memasukkan Afiq Fazail bagi menggantikan Gary Steven Robart pada minit ke-60.

Perak memperolehi sepakan percuma pada minit ke-63 setelah Gilmar dijatuhkan oleh Junior Eldstal.  Sepakan yang diambil Shahrul Saad berjaya ditanduk Thiago namun tersasar.

Perak hampir berjaya menjaringkan gol kedua apabila Nasir Basharudin yang merampas bola dari Fazly Mazlan melakukan umpanan cantik kepada Zaquan Adha. Walaubagaimanapun tandukan Zaquan dihadang S, Kunalan.

[AdSense-B]

JDT akhirnya berjaya menyamakan kedudukan pada minit ke-68 selepas kesilapan Shahrom Kalam membuatkan Ghaddar berjaya merampas bola dan mudah menjaringkan gol buat JDT. Situasi 1 lawan 1 memudahkan Ghaddar menewaskan Hafizul untuk gol penyamaan JDT.

Ghaddar sekali lagi memperolehi peluang untuk menggandakan gol pada minit ke-73 apabila menerima lorongan Safiq Rahim  namun sepakannya berjaya diselamatkan Hafizul Hakim.

Zaquan Adha mebuat larian disebelah kiri dan masuk ke dalam kotak penalti melalui ‘counter attack’ menarik. Zaquan yang gagal dikejar pertahanan JDT melakukan percubaan namun ditampan Izham Tarmizi pad minit ke-78.

Berbaki 10 minit masa perlawanan permainan semakin rancak dengan kedua-dua pasukan berbalas serangan. Minit ke-81 sekali lagi Perak melakukan percubaan apabila lontaran jauh Nasir Basarudin hampir berjaya disambar Thiago.

JDT melakukan pertukaran terakhir dengan memasukkan Safawi Rasid bagi menggantikan Cabrerra. Percubaan pertama terus dilakukan beliau pada mint ke-82 namun terbias pertahanan lawan.

[AdSense-B]

Afiq Fazail dilayangkan kad kuning pada minit ke-83 setelah mengasari pemain Perak. JDT hampir memperolehi gol kedua pada minit ke-89 walaubagaimanapun sepakan penjuru yang diambil Safawi Rasid gagal disambar Junior Eldstal.

Tambahan masa 3 minit diberikan pengadil perlawanan cuba digunakan pasukan Perak untuk mencari kelebihan yang ingin dibawa ke Larkin namun gagal disempurnakan, 1 gol ditempat lawan memberi kelebihan buat JDT sebelum pasukan Perak bertandang ke Larkin.

Baca juga:4 Fakta Menarik Mengenai Pertembungan Antara JDT dan Perak

Apa pandangan anda dengan artikel ini? Komen di bawah: