JDT Vs Selangor

Piala Malaysia : Red Giant vs Harimau Selatan, gergasi mana yang tumbang dulu?

Pertembungan hari ini bakal menemukan antara dua gergasi bola sepak Malaysia berdasarkan reputasi dan sejarah yang tersendiri. Pertembungan hangat JDT dan Selangor bakal disaksikan di stadium keramat JDT, iaitu Stadium Tan Sri Dato’ Haji Hassan Yunos Larkin dan dijangka akan bermula pada 8.45 malam ini. Namun sebelum itu, penulis ingin mengulas beberapa perkara menarik di luar padang dan preview sebelum perlawanan bermula.

[AdSense-B]

JDT Turun Tanpa Beberapa Tonggak

Beberapa tonggak utama tidak diturunkan oleh Morais mengikut beberapa sumber dari berita tempatan berikutan panggilan ke kem kebangsaan Harimau Malaya. Walaupun begitu, ketiadaan tonggak tidak menjejaskan prestasi skuad yang rata-rata mempunyai skuad depth yang baik, ditambah lagi dengan persiapan setelah sebulan kalendar bola sepak Malaysia berehat. Misi membalas dendam kekalahan tempoh hari tetap diteruskan bagi menebus maruah semula JDT.

Penyokong

Bagi kem Selangor, berita ini mungkin sedikit menggembirakan berikutan mereka terpaksa berhadapan dengan laungan penyokong lawan di stadium keramat JDT. Namun, mereka harus berwaspada  kerana dalam bola sepak apa sahaja boleh berlaku walaupun pada reputasinya di Piala Malaysia, Selangor telah menumbangkan JDT di Stadium Selayang tempoh hari.

Taktikal

Pada dasarnya, JDT menggunakan formasi 4-3-3 transisi 3-4-3 menyerang dan bertahan pada formasi 4-5-1 dengan menggunakan target-man pada bahagian serangan. Memandangkan penulis bakal menjangkakan Safiq tidak diturunkan berikutan ‘national call-up’, Natxo mungkin digandingkan bersama Afiq dan Nazmi di bahagian tengah. Namun, berdasarkan pemerhatian penulis pada beberapa perlawanan yang lepas, kerapuhan  benteng ‘back four’ JDT kian menjadi isu dan pastinya, penulis mahu melihat ‘pivot’ berkembar untuk memastikan komunikasi pemain tengah dengan pertahanan lebih baik.

selangor vs jdt razman

Selangor pula merupakan pasukan yang bercorak bertahan pada formasi 3-5-2. P. Maniam menggunakan winger untuk menggerakkan serangan dengan lebih baik. Maksudnya disini, Selangor akan lebih bermain secara wide, dengan mengerahkan pergerakan di flank kanan dan kiri dengan lebih kerap. Namun corak Selangor lebih kepada full defence di final third atau gameplay yang lebih tertutup. Kita boleh lihat semasa gameplay Selangor yang terakhir ketika menentang JDT. Mereka lebih bermain secara counter dan banyak bertahan di kawasan sendiri.

[AdSense-B]

Head-to-Head JDT vs Selangor

Pemain Tumpuan

JDT – Natxo Insa

Kelibat beliau amat ditagih oleh JDT dengan ketiadaan Safiq pada malam ini. Beliau mungkin boleh digelar ‘advance midfield’ kerana sering kali mencipta dan mencari ruang yang tercipta. Mempunyai mobiliti serangan dan pertahanan yang baik sebagai seorang pemain tengah. ‘Body contact’ dan ‘vision’ yang tinggi dalam padang dan mempunyai ‘skil’ dan ‘dribbling’ yang mantap.

Natxo Insa

Selangor – Amri Yahya

Duri dalam daging bagi JDT, boleh dikatakan beliau amat berbahaya bagi pertahanan JDT. Gol dilewat perlawanan membuktikan kuda tua ini masih mengekalkan form yang terbaiknya. Mempunyai ‘off ball running’ yang baik dan ‘reaction’ yang baik. Skilnya juga boleh dikatan baik, mungkin kerana form masih berbisa.

Amri Yahya

[AdSense-B]

Baca juga: JDT Turun Tanpa Pemain Yang Dipanggil Untuk Skuad Kebangsaan

 

Apa pandangan anda dengan artikel ini? Komen di bawah: