Plug Kosong Pada Dinding Ini Rupanya Penting Untuk Pengawal Keselamatan
Pernahkah anda melihat plug kosong pada dinding bangunan seperti ini?
Jika ya, mungkin ada diantara kita yang menganggap ia adalah plug biasa yang mungkin tidak digunakan, namun ia sebenarnya amat penting buat pengawal keselamatan.
Dikenali sebagai ‘dummy plug checkpoint’, ia berfungsi sebagai lokasi atau tempat pemeriksaan bagi pengawal yang bertugas untuk membuat laporan. Kebiasaannya, pengawal akan keluar meronda dan akan melalui lokasi-lokasi yang diletakkan ‘dummy plug’ ini. Alat pengesan seperti tag digunakan untuk memberi laporan bahawa pengawal tersebut sudah memeriksa kawasan berkenaan.
Setiap checkpoint mengandungi cip mikro yang disambungkan kepada sistem, mengandungi data seperti nama pengawal yang bertugas, masa, tarikh dan lokasi.
Sumber:
- Terrasyss
- Paper on Law, Safety and Justice Capital Improvement Program, King County Washington, Page 6
- Clark, Bill; Robert R. Macdonald (March 1991). “High-Tech Touring”. Security Management. 35 (3): 25.
- The Detex Watchman’s Clock Album, Philip Haselton. Accessed May 24, 2007.