Perutkembung

Selain Jus Halia, 4 Buah Ini Pun Boleh Redakan Perut Kembung

Akibat salah makan dan penghadaman yang tidak baik, ia menyebabkan penghidapnya mengalami kembung, senak dan sebu. Lebih teruk lagi jika ketidakselesaan itu menjejaskan aktiviti seharian anda.  Bagi mengurangi masalah kembung perut berikut kami kongsi info paling mudah meredakannya selain dari mengamalkan  jus halia.

Berikut empat jenis buah yang boleh bantu tangani masalah kembung  perut hanya dengan cara makan atau minum jusnya sahaja. 

AIR KELAPA

Air kelapa selain menyegarkan badan ia juga mengingkatkan kadara electrolyte dan melancarkan pengaliran cecair dalam badan. Secara tidak langsung melancarkan pengaliran cecair dalam tubuh tanpa sebarang masalah.

BUAH PISANG

Sama seperti air kelapa, pisang juga mengandungi potassium, tetapi anda disarankan mengambil pisang jika anda tidak ada selera akan. Ia bertujuan untuk memberikan ada tenaga. Selain itu pisang juga membantu mengatasi masalah sembelit.

BETIK

Jika anda menghadapi masalah  buang air besar, ambil sahaja beberapa potong betik. Ini kerana enzim  dakan betik boleh memecahkan protein bagi melancarkan proses penghadaman untuk lebih efektif.

TIMUN

Selain dijadikan sayur, timun sering dikaitkan dengan manfaat kecantikan terutamanya untuk perapian wajah.  Sebenarnya bahagian hirdrasi pada timun baik untuk mengurangkan masalah pedih  perut. Ia sangat membantu melegakan radang atau bengkak pada perut.

Apa pandangan anda dengan artikel ini? Komen di bawah: