Reinkarnasi Danakitri Harimau Selatan
Perlawanan semalam memperlihatkan akhirnya kebaikan mengatasi segalanya. Sebelum dan selepas perlawanan, kita sering di hentam kiri dan kanan, bagaimana kita berseorangan dalam perjalanan menuju kejayaan. Hanya selangkah untuk kita untuk menutup mulut-mulut jahat yang tidak henti berdebat. Bukan Piala paling utama, diam kan mulut puaka inspirasi yang pertama.
“Bersimpongan jerit sorak infantri Harimau Selatan”
[AdSense-B]Kita menang dengan bergaya, corak serangan melemahkan pertahanan , yang di kawal Selia diketuai Sang mumia, kononnya ampuh mematahkan gerakan, para penyerang sang Harimau Selatan.
Kalakian itu,
“Analitikal dan kontradiksi pertembungan”
Terbukti jelas bagaimana kita lihat betapa kelincahan Gonzalo Cabrerra mengucar-kacirkan mereka sehingga hidung dan kepala Nasir berdarah. Akibat tak terkawal gelecekan Cabrerra.
“Keluh-kesah tidur di kasur, berkeruh-keruh di lapik penjemuran”
Afiq Fazail juga semakin tunjukkan belang, beliau juga menunjukkan kepada semua bahawa usaha lebih utama dari nama. Di Kelab Johor Darul Ta’zim(JDT), tiada ruang untuk tidak berusaha.Setelah menerima tawaran menyarung jersi Harimau Selatan ini, pemain tersebut perlu berusaha menempatkan diri setanding pemain-pemain yang ada di dalam skuad merah biru marcapada kini.
[AdSense-B]Seperti yang sudah maklum, tiada pemain yang lebih besar daripada kelab yang kini di wakili, tiada jalan pintas malah setinggi atau sa-gah manapun nama,mereka perlu berusaha dan bersaing untuk merebut tempat di dalam skuad utama.
“Eksistensi swadaya jangan evasif”
Ghaddar dan Guerra perlu lebih tenaga menjelang perlawanan akhir yang mendatang,selaku pemain import yang berstatus bintang, kemampuan perlu lebih tajam merobek gol pasukan yang ditentang.
Jangan biarkan kepentingan peribadi mendahului dan akhirnya memakan dan merugikan diri.
Natijahnya,
” Inkarserasi Dwi Darma”
Pada perlawanan akhir nanti, Harimau Selatan bukanlah pasukan yang patut digeruni, Helang Merah yang bereputasi tinggi, lebih berhak diangkat tinggi, sokongan sa-malaya sudah pasti, menundukkan harimau selatan mungkin semudah petikan jari.
“Hitamnya hati, gelapnya rohani, Matinya budi, nurani dikebumi.”
Kepada Sang Pembenci , Jangan bimbang, tenang dan terus helalah nafas panjang, Harimau Selatan hanyalah pasukan mentah yang perlu ditentang. Sebesar zarah tiada peluang untuk menang. Pastinya akur dan gentar lagak merahnya Helang.
[AdSense-B]“Distorsi konon wira rakyat”
Juga ada pesanan kepada lagenda olimpik zaman purba, diam segera bukan caca marba, jangan seperti unta di kotak ciggaret, duit terbang datang penyakit,jadilah seperti unta di padang pasir, walaupun panas sentiasa berzikir.
“Kayu yg banyak akarnya tak takutkan ribut,kayu yg berakar tunjang tak endahkan kabut”
Hatta syahadan itu,
Realitinya,
Hanya kita-kita yang ada memegang astra mengawal laguna,
Panji yang ada peganglah dakara
Dari itu,
Perpaduan perlu sentiasa akomodasi,
Intergrasi jiwa interprestasi manifestasi,
Asimilasi sokongan biar berartikulasi,
Algoritma bangsa itu prioritasi.
Akhirul kalam,
Salam penutup,kalam ditutup,
Mungkin kali akhir,kosakata berakhir,
Otak dah kering,kosakata dah gering
Habis cherita , bahasa tak lagi terukir,Berjumpa lagi kalau ada takdir.
Artistik dari manusia satu denyut
Terimalah karya akhir,
“REINKARNASI DANAKITRI HARIMAU SELATAN”
Dayung sudah ditangan,perahu sudah di air,
Elok kata dalam muafakat,buruk kata luar muafakat
Merah itu darahmu,biru itu nyawamu
Hasil nurkilan dan gambar dari Hafiz Othman
Baca juga: VIDEO RANGKUMAN: Piala Malaysia 2017, Johor DT 3 Perak 0