Resepi Daging Burger Buatan Sendiri Sedap dan Mudah (Homemade)
Burger daging atau burger ayam biasanya menjadi pilihan ramai orang terutamanya kanak-kanak yang menggemari makanan ini. Ada sesetengah anak-anak yang tak mahu makan nasi hanya semata-mata inginkan daging burger.
Mak dan ayah mesti pening memikirkan kos perbelanjaan untuk membeli makanan yang sedap ini. Apa kata anda buat sendiri daging burger ini di rumah?
Mulai sekarang anda tidak perlu lagi rungsing tentang daging untuk burger buatan sendiri ini kerana seorang pengguna Facebook iaitu Zamzuri Abdul Malik telah berkongsi resepi dan cara buat burger daging buatan sendiri yang boleh dibuat dari rumah dengan bahan-bahan yang mudah.
Resepi burger daging yang mudah dan paling sedap ini boleh dikatakan sama seperti daging untuk burger yang dijual di pasaran seperti Mac Donalds, Ramly Burger dan sebagainya kerana bahan dan rempahnya lengkap dan sebenarnya tidaklah sesusah mana.
Seperti yang dikatakan tuan punya resepi asal ini, cara nak buat daging untuk burger sendiri ringkas sangat senang dan tersangat banyak kelebihannya kerana kebersihan makanan ini terjamin, tiada sebarang bahan pengawet dan yang paling penting memuaskan hati kerana boleh dibuat dalam kuantiti yang banyak, cepat, mudah dan sangat sedap.
Menurut Zamzuri, daging burger homemade simple ini dikatakan boleh disimpan sehingga tiga minggu dalam peti ais sejuk beku. Anda boleh buat banyak-banyak, kemudian simpan dalam peti sejuk, bila anak-anak nak makan, keluarkan dari peti ais dan biarkan sementara lalu goreng terus boleh dimakan.
Resepi Daging Burger Homemade
Bahan-bahan:
Daging kisar
Lada hitam
Bawang besar
Bawang putih
Telur
Parsley
Oregano
Paprika
Minyak Zaitun
Cara membuat:
Daging ini 600 gram. Boleh dapat 6 ketul.
Masukkan daging dalam bekas berkilat. Tak kilat tak best tau.
Masukkan bawang yang telah siap dihiris.
Masukkan parsley, mint, oregano dan lada hitam.
Pecahkan 2 biji telur. Masukkan sedikit minyak zaitun dan hingga sebati.
Gunakan acuan seperti bekas benjo untuk membuat telur di gerai burger. Ada dijual di kedai.
Daging yang telah siap dibuat gunakan acuan.
Apabila siap letakkan di atas aluminium foil dan simpan dalam peti sejuk.
Macamana? Mudah bukan? Apabila dah siap, anda boleh simpankan daging untuk burger ini di dalam peti ais dengan menggunakan aluminium foil sebagai pelapik. Bila nak makan, keluarkan dan biarkan seketika, kemudian goreng atau bakar mengikut kehendak anda sendiri.
Semoga perkongsian resepi daging burger homemade buat sendiri di rumah yang dikongsikan ini akan bermanfaat buat anda. Anda boleh cuba mengolahkan mengikut kreativiti anda sendiri, mana tahu lebih sedap dan power. Selamat mencuba.