Resepi Puding Susu Kotak 3 Bahan. Banyak Perasa Boleh Buat!
Resepi puding susu kotak yang hanya menggunakan 3 bahan ini menjadi viral apabila ia telah dikongsi dan dicuba oleh ramai netizen dalam musim lockdown ini.
Memang nampak sedap, nak buat pun senang!
Ramai yang dah cuba dan berjaya buat, malah ia juga diolah dalam pelbagai versi mengikut kreativiti rakyat Malaysia.
Dalam artikel ini kami kongsikan reseoi puding susu kotak dalam 2 versi mudah.
Jom tengok!
RESEPI PUDING SUSU KOTAK 2 BAHAN (VERSI PEK BESAR)
Bahan-bahan
1 liter air kotak – coklat / strawbery / ikut lah jenis ape pun janji besar
Gula 3 sudu ( ikut citarasa – nak kurang pun ok)
1 pek agar-agar serbuk – ambil yang clear. Tapi kalau tak ada, yang berwarna pun boleh.
Cara-cara
Masuk semua bahan. Didihkan.
Biar mendidihkan.
Kacau hingga larut, siap.
Lepas tu gunting kotak susu tu comel-comel sikit.
Biar sejuk kejap baru masuk peti dan tunggu semalaman.
Dah set, boleh potong dan makan sejuk-sejuk, sedap.
*Kredit Posting Asal Oleh: Ain’Nie Rahman
RESEPI PUDING SUSU KOTAK 3 BAHAN (VERSI PEK KECIL)
Puding Lockdown namanya. Saya dah buat. Tapi guna air kotak kecil tu. Untuk penyejuk tekak.
Air kotak ikut suka ya nak perisa apa pun, saya beli dekat Petronas, senang boleh pilih satu-satu mana suka.
Terliur tengok Isaac osman makan dekat youtube sebenarnya tu yg ikut buat.
Resepi kat bawah yer.
WARNING: Disebabkan saya ada terima makluman yang sahabat kita ada yang bantu check dengan Public Health Malaysia untuk bertanya adakah selamat penggunaan bekas air kotak dimasukkan adunan untuk membuat puding, oleh itu disarankan semua menggunakan bekas yang selamat & memastikan adunan dibiarkan sejuk seketika sebelum masuk ke dalam bekas.
Terima kasih untuk keprihatinan anda.
Resepi puding susu kotak
RESEPI PUDING SUSU KOTAK 3 BAHAN (VERSI PEK KECIL
Bahan-bahan
250ml air kotak (ikut suka ya nak perisa apa)
2 sudu besar gula (boleh cut/kurangkan)
1 sudu teh serbuk agar-agar (Clear)
Cara-cara:
Potong bahagian atas air kotak/ sediakan bekas.
Masukkan air kotak tadi ke dalam periuk bersama gula dan agar2.
Kacau sebentar.
Panaskan atas api kecil
Bila nampak nak mendidih, tutup api dan biarkan sejuk seketika di dalam periuk sebelum dimasukkan ke dalam kotak/bekas.
Tunggu adunan sejuk dan masukkan dalam peti ais.
Bila puding dah keras, siap sedia untuk dimakan.
Boleh potong ikut suka dan makan sejuk-sejuk. Anak-anak tengok ni mesti depa pun seronok.
Nota:
*1 paket serbuk agar-agar saya dapat buat 4 kotak puding
*Air kotak boleh guna yang isi 200-250ml
*My personal review, paling sedap dekat bawah ni puding yg Kurma Farm Fresh Milk. Rasa lembut je~ yang lain kureng. Maybe ikut atas air kotak tu jugak dan jangan buat terlalu keras. Apa pun saja-saja nak merasa apa salahnya kan.
Makan apa pun semua mesti berpada-pada ya untuk kesihatan.
*Kredit Posting Asal Oleh: Nur Ida