Resipi Burger Ayam Homemade Paling Simple Guna Blender Saja. Anak-Anak Mesti Suka
Kadang-kadang jadi ibu ini pening juga nak fikirkan menu untuk anak. Yela, anak bila dah besar dah mula tolak makanan yang kita beri. Ada yang dah pandai request nak makan apa. Bijak-bijak anak kita sekarang ini kan?
Jadi, bagi anda yang masih mencari-cari menu best untuk anak, mungkin anda boleh cuba hasilkan burger ayam homemade ini. Anda hanya perlu gunakan blender saja untuk hasilkan burger ayam yang bukan saja sedap malah berkhasiat untuk anak-anak. Jom cuba!
CARA NAK BUAT BURGER AYAM HOMEMADE KEGEMARAN ANAK-ANAK
Foto: Just Try & Taste
Bahan-bahan yang diperlukan
- 4 ketul isi ayam
- 2 biji ubi kentang yang direbus
- 1 biji bawang holland
- 1 sudu teh serbuh lada hitam
- 1 sudu teh lada putih
- 1/2 sudu teh gula
- Sedikit secukup rasa (kalau tak nak letak garam)
- 1 biji telur
- 2 sudu besar tepung gandum
- 2 sudu besar tepung ubi
- 1/2 sudu kecil baking powder
- 1 sudu besar mentega
Cara-cara membuatnya
- Kisar semua bahan-bahan kecuali tepung gandum, tepung ubi, baking powder dan mentega.
- Kemudian, tuangkan adunan ke dalam mangkuk dan masukkan mentega, baking powder dan semua jenis tepung. Gaul sehingga adunan sebati.
- Sementara itu, panaskan pengukus.
- Bentukkan adunan mengikut acuan seperti dalam gambar.
- Letakkan di atas bekas penutup yang dah dilapisi sedikit minyak masak supaya tak melekat.
- Kukus adunan selama 5 minit. Siap!
- Boleh dimakan begitu sahaja atau dipelbagaikan ikut citarasa anak-anak.
Selamat mencuba!
Sumber: Tg Khuzanika
Apa pandangan anda dengan artikel ini? Komen di bawah: