Resepi Cupcake Coklat Gebu & Lembut

Resipi Cupcake Coklat Gebu & Lembut Untuk Keluarga Kecil, Guna Sebiji Telur Je!

Adapun terdapat pelbagai cara mudah membuat cupcake, namun resipi cupcake coklat ini kemungkinan lagi memudahkan untuk anda! Cupcake coklat yang dibuat dengan begitu mudah dan cepat ini merupakan resipi dari Puan Farhah Azman.

Kalau nak tahu, resipinya ini sesuai untuk keluarga kecil. Di mana, dengan menggunakan sebiji telur sahaja mampu menghasilkan 20 biji saiz sedang cupcakes. Malahan, adunannya juga tidak perlu dipukul beria kerana menggunakan garfu sahaja, cupcake masih gebu dan lembut!

CUPCAKE COKLAT MUDAH

Gambar: Farhah Azman

Anak-anak dah tidur, ibu masuk dapur.

Cupcake coklat ini saya buat guna 1 biji telur sahaja. Boleh dapat 20 biji saiz sedang. Cukuplah untuk 4 orang makan dalam rumah ini.

Pukul pakai garfu manja-manja saja, boleh dapat cupcake coklat gebu lembut untuk anak-anak dengan suami makan esok. Resipi mudah saja. Tak ada bahan susah-susah, tak perlu pukul beria dan gaul pakai garfu dah selesai.

Bahan-bahan A:

  • Sebiji telur
  • 3/4 cawan susu full cream atau susu choc (ikut suka)
  • Minyak 1/2 cawan
  • Gula 3/4 cawan

Bahan-bahan B:

  • Masukkan 1 1/2 cawan tepung
  • 3/4 cawan serbuk coklat (koko/milo)
  • Sesudu teh rata baking soda
  • Sesudu teh rata baking powder
  • Secubit garam

Cara-caranya:

  • Bahan-bahan A semua digaul sebati.
  • Masukkan bahan B ke dalam bahan A dan gaul rata. Siap.
  • Boleh masukkan dalam acuan cupcake.
  • Bakar dengan suhu 180 darjah celsius selama 16 minit.
  • Di atas cupcake tu letak lah apa pun, saya potong coklat masakan atas tu. Boleh saja letak buah campur, choc chip atau sprinkle.

Selamat mencuba.

Sumber: Farhah Azman via Masak Apa Hari Ni.. (MAHN)

FT Image: Farhah Azman / onceuponachef

Apa pandangan anda dengan artikel ini? Komen di bawah: