1

Bosan Dengan Telur Dadar Yang Sama? Cubalah Resipi Telur Gulung

Bagi yang suka makan telur ini adalah berita baik buat anda ada kerana resipi baru yang boleh anda cuba sendiri di rumah, mudah dan yang paling penting ianya sangat enak. Anda mungkin sudah bosan dengan telur goreng, atau sudah muak dengan telur dadar jadi anda boleh lakukan pembaharuan dengan membuat telur gulung!

Bahan-bahannya juga mudah didapati dan cara-caranya juga sangat ringkas dan mudah dilakukan. Dalam masa beberapa minit telur gulung anda sudah tersedia untuk dinikmati!

Bahan-bahan:

  • 4 biji telur
  • 80g bayam
  • Sebiji tomato
  • 200ml susu
  • Keju mozzarella
  • ½ sudu teh garam
  • ½ sudu teh gula

Cara-cara:

#1 Basuh bayam dan tomato dan kemudian rebus sehingga lembut. Hiriskan bayam kecil-kecil dan potong tomato seperti bentuk dadu.

#2 Pecahkan telur ke dalam sebuah mangkuk dan masukkan tepung. Pukul bahan-bahan tersebut dan kemudian masukkan susu serta garam dan gula. Pukul lagi sehingga bahan-bahan tersebut benar-benar rata dan sebati.

#3 Gunakan dulang pembakar atau loyang berukuran 28×22cm. Sebelum itu Alaskan dulang dengan kertas minyak dan kemudian masukkan adunan tersebut ke dalam dulang pembakar tersebut.

#4 Selepas itu, taburkan hirisan tomato ke dalam adunan tersebut.

#5 Sebelum membakar jangan lupa untuk panaskan ketuhar pada 180 darjah celsius. Masukkan dulang tersebut ke dalam ketuhar dan bakar selama 7-8 minit. Keluarkan telur tersebut dan taburkan keju ke atasnya kemudian masukkan telur itu sekali lagi dan bakar selama 3 minit sehingga keju cair.

#6 Keluarkan telur yang sudah siap dan gulung ketika ianya masih panas kerana telur lebih mudah digulung dalam keadaannya yang masih panas.

#7 Telur yang siap sudah boleh disajikan! Selamat mencuba!

Apa pandangan anda dengan artikel ini? Komen di bawah: