Safawi Rasid Malaysia

Safawi Harap Khabar Angin Jadi Kenyataan

Penyerang skuad bawah 23 (B-23) tahun negara, Safawi Rasid berharap khabar angin yang mengaitkan dirinya dengan dua kelab Liga Korea menjadi kenyataan.

Ini kerana pemain yang beraksi bersama Johor Darul Ta’zim (JDT) itu memang menyimpan impian beraksi di liga negara berkenaan atau Jepun sebagai langkah mengembangkan karier serta meningkatkan permainannya.

[AdSense-B]

Menurutnya, pengalaman beraksi di Kejohanan Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) B-23 di China, baru-baru ini memberi keyakinan untuk menyahut cabaran beraksi di liga luar.

“Walaupun sekadar khabar angin tapi ia cukup menggembirakan saya. Setakat ini belum ada mana-mana kelab Korea membuat tawaran. Tapi, saya sangat berharap ia menjadi kenyataan.

JDT vs Melaka United safawi rashid

“Buat masa ini tumpuan saya bersama JDT bagi menghadapi Liga Malaysia yang bermula minggu depan. Saya perlu fokus kerana sasaran saya merebut tempat dalam kesebelasan utama.

“Ia bukan mudah kerana selain perlu bersaing dengan pemain import, JDT mempunyai ramai pemain tempatan berkualiti sekali gus menjadikan perebutan tempat bertambah sengit,” katanya.

[AdSense-B]

Pemain kelahiran Dungun berusia 21 tahun itu antara watak penting yang membantu skuad negara mencipta kejutan layak ke suku akhir kejohanan berkenaan.

Susulan prestasi cemerlangnya, seorang wartawan bola sepak antarabangsa, John Duerden melaporkan dua kelab Korea Selatan berminat mendapatkan Safawi.

JDT 2 PKNS FC 1 safawi

Bagaimanapun, beliau tidak menyebut nama kedua-dua kelab berkenaan.

Selain Safawi, seorang lagi pemain yang menarik minat pasukan luar adalah Akhyar Rashid dengan kelab dari Korea, Thailand dan Indonesia dikatakan mula merisiknya.

[AdSense-B]

Sumber: Berita Harian

Baca juga: VIDEO: 19 Gol Yang Dijaringkan Oleh Gonzalo Cabrera Bersama JDT

Apa pandangan anda dengan artikel ini? Komen di bawah: