Kelab Indonesia

JDT Akan Bertemu Kelab Indonesia Sebelum Berlepas Ke Thailand

Dalam satu kenyataan di laman fanpage Mitra Kukar FC, kelab tersebut telah mengesahkan untuk berkunjung ke Stadium Larkin untuk satu perlawanan persahabatan menentang Johor DT pada 7 Januari 2018. Mereka juga akan menentang JDT II pada 10 Januari 2018 sempena pra-musim mereka di Malaysia.

[AdSense-B]

Kelab ini yang berasal dari Indonesia menduduki tempat ke-10 Liga 1 Indonesia musim 2017. Namun begitu, tiada lagi pengesahan rasmi dari pihak JDT mengenai perlawanan persahabatan ini. Sehingga artikel ini ditulis, tiada apa-apa maklumat dikemaskini di laman fanpage Johor Southern Tigers.

Seperti yang kita sudah sedia maklum, JDT akan mengadakan pra-musim di Thailand dengan menentang Army United FC pada 10 Januari, disusuli pertembungan menentang Chonburi FC (13 Januari) dan aksi terakhir menentang Port FC (15 Januari).

[AdSense-B]

Baca juga: VIDEO: Ucapan Selamat Tahun Baru 2018 Dari JDT

Apa pandangan anda dengan artikel ini? Komen di bawah: