Saya Mahu Tebus Kesilapan Pada Aksi Separuh Akhir Pertama – Izham Tarmizi
Kesilapan yang berlaku pada separuh akhir pertama Piala Malaysia yang menyaksikan gawang Johor Darul Ta’zim (JDT) dibolosi awal sebelum terikat 1-1 dengan Perak, tampak ingin ditebus penjaga gol Harimau Selatan, Izham Tarmizi Roslan.
Dia mengakui, pertembungan separuh akhir kedua di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin, Sabtu ini akan lebih sengit memandangkan pemain lawan akan turun habis-habisan menidakkan kelebihan jaringan di tempat lawan yang dimiliki JDT.
[AdSense-B]Apa pun, dia tidak akan rela gawang JDT dibolosi walaupun sedar tugasnya amat berat dan kesempatan beraksi di laman sendiri akan memberi lebih keyakinan kepadanya untuk memburu pentas final buat kali kedua dalam saingan piala tertua di rantau Asia.
“Kita harus lupakan episod yang saya anggap kurang menarik selepas aksi serba tidak menjadi terutama pada aksi babak pertama, Ahad lalu. Sudah tiba masanya kami memberi komitmen lebih tinggi untuk memburu kemenangan di depan penyokong sendiri.
“Saya optimis baki 90 minit perlawanan di Larkin akan memihak JDT dan kami tidak rela Perak mengambil kesempatan untuk menidakkan usaha kami.
“Kami perlu menguatkan semangat juang tinggi dan tidak hilang fokus kerana ketika itulah lawan akan mengambil kesempatan. Cukuplah sekali saja gawang bolos pada aksi pertama lalu,” katanya.
[AdSense-B]Mengulas mengenai kekuatan skuad The Bos Gaurus, Izham Tarmzi tidak menafikan Perak memiliki pemain yang sering bekerja keras terutama barisan pemain muda yang kerap mengejar bola dan pantas menutup ruang.
Katanya, situasi itu membuatkan barisan serangan yang diterajui Mohamad Ghaddar, Gabriel Guerra dan Gonzalo Cabrera agak buntu memecah barisan tengah dan benteng lawan.
“Saya jangkakan corak permainan mereka mungkin berbeza apabila bertandang ke Larkin nanti dan kita harus berwaspada bagi mengelak melakukan kesilapan.
“Bagi aksi kedua ini, kami kita kena fikirkan kedudukan masih 0-0, dan harus menjaringkan gol bagi melangkah ke pentas final. Ia akan menjadi lebih manis kerana kemenangan itu bakal dihadiahkan kepada penyokong JDT,” kata Izham Tarmizi.
[AdSense-B]Sumber: Berita Harian
Baca juga: Tugas JDT Belum Lagi Selesai – S. Kunanlan