Wow Ini Dia 5 Khasiat Sehat Bunga Lawang

Selain Untuk Kesihatan Jantung, 5 Khasiat Ini Anda perlu Tahu Tentang Bunga Lawang

Para Wanita, mesti anda familiar dengan nama bunga lawang? Rempah  yang satu ini merupakan salah satu jenis rempah yang sering digunakan dalam setiap masakan yang berempah banyak dan kuat rasanya.

Namun rempah dengan bentuk cantik berwarna coklat ini bukan hanya boleh dimanfaatkan sebagai rencah masakan, bunga lawang juga boleh diambil manfaatnya untuk kesihatan. Seperti yang ditulis dari www.stylecraze.com, beberapa manfaat bunga lawang antara lain adalah:

1. Menjaga kesihatan kulit
Salah satu manfaat yang sangat baik dari bunga lawang adalah menjaga kesihatan dan kecantikan kulit. Ini kerana bunga lawang memiliki kandungan anethol, iaitu komponen utama minyak asas bunga lawang.

Minyak ini boleh digunakan sebagai ubat kerana bersifat antispasmodic, antiseptik, ubat penenang, sebagai stimulasi pencernaan dan sifat-sifatnya. Mengambil minyak asas bunga lawang juga berfungsi detoksifikasi pada tubuh.
2. Kesihatan wanita
Minyak bunga lawang memiliki sifat estrogen yang memudahkan masalah hormon pada wanita seperti kram perut ketika datang bulan. Anda boleh menyapu minyak ke bahagian yang sakit dan urut perlahan. Atau boleh juga diminum dengan air hangat bersama dengan rebusan asam jawa.

Dengan menghidu teh minyak bunga lawang juga mampu meningkatkan aliran ASI ibu yang menyusui anak. Minyak asas juga berkhasiat aroma terapi sehingga dapat melegakan pernafasan dan menenangkan morning sickness ibu hamil.

3. Mengatasi perut kembung atau bergas dan sembelit
Jika anda mengalami gangguan pencernaan seperti kembung, susah buang gas atau perut bergas, maka minum minyak bunga lawang dengan air hangat di pagi hari akan melancarkan pencernaan saat sembelit dan memudahkan gas keluar dari perut.

4. Menjaga kesihatan jantung
Minyak bunga lawang juga memiliki pengaruh terhadap mengawal tekanan darah. Mengambil minyak ini akan membantu mengurangi tekanan pada jantung, dan menguatkan jantung kerana mengandung sifat analgesik alami.

5. Meredakan flu dan batuk
Jika anda sudah sering mendengar bahawa cengkih boleh mengurangi sakit gigi, maka adas bunga lawang juga memiliki khasiat serupa. Sifat antiseptik dari adas membantu untuk menyembuhkan luka kecil dan lecet. Ini membantu dalam pencernaan makanan dan memberikan bantuan segara untuk batuk, flu dan gatal tekak.

Minyak bunga lawang juga bersifat anti-mikro dan anti-jamur, sehingga dapat membantu menyingkirkan batuk dan demam. Aromanya yang kuat dianggap sebagai ubat penenang alami yang juga dapat membantu mengurangi gangguan tidur dan insomnia.

Jadi, jangan hanya menganggap bahan-bahan dapur seperti bunga lawang di rumah sebagai rencah sahaja, Anda juga boleh memanfaatkannya untuk kepentingan kesihatan anda.

Apa pandangan anda dengan artikel ini? Komen di bawah: