Adib Zainuddin

Adib Zainudin : Bakal Berbakti di Negeri Kelahiran

Memetik artikel daripada “stadiumastro.com”, ketua pasukan skuad bawah 22 kebangsaan, Adib Zainudin mengesahkan bahawa beliau bakal kembali ke negeri kelahiran beliau untuk mewakili pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) untuk saingan Liga Malaysia 2018.

Adib yang kini mewakili pasukan Felcra FC yang bersaing di Liga FAM hanya menunggu kontraknya yang bakal tamat di penghujung musim ini.

adib zainudin

Menurut Adib, antara faktor yang mendorong beliau untuk ke JDT adalah kerana beliau melihat JDT sebagai sebuah pasukan yang membangun apabila ramai pemain yang ingin berhijrah ke pasukan tersebut.

Beliau juga mengakui bahawa beliau mempunyai keinginan untuk bermain di kelab yang mempunyai infrastruktur dan prasarana terbaik selain ingin menabur bakti di negeri kelahiran beliau.

[AdSense-B]

Adib yang kini menuntut di UiTM Shah Alam dalam jurusan sains sukan memaklumkan beliau tetap akan menamatkan pengajian beliau secara atas talian walaupun terpaksa berpindah ke JDT.

adib zainudin-felcra

Buat masa ini, anak kelahiran Mersing, Johor ini masih komited untuk menamatkan saingan musim ini bersama Felcra FC walaupun telah mengesahkan kedudukan beliau bersama skuad Harimau Selatan.

[AdSense-B]

Felcra FC yang kini bersaing di peringkat separuh akhir Liga FAM dan bakal bertemu Sime Darby FC untuk mengesahkan tempat di Liga Perdana musim hadapan.

Semoga kehadiran Adib Zainudin musim hadapan dapat menampung kepincangan di barisan pertahanan JDT.

Baca juga: Safiq Rahim Tumpu Aksi Menentang Hong Kong Pada 10 Oktober

Apa pandangan anda dengan artikel ini? Komen di bawah: