Butternut & Carrot Soup

Senangnya Buat Butternut & Carrot Soup’Ini Untuk Turunkan Suhu Demam Panas Si Manja

Bila anak-anak kurang sihat atau mengalami demam panas, salah satu cara untuk menurunkan suhu panas badan adalah dengan minum sup. Tidak kiralah sup daging atau ayam, sup sebenarnya dapat membantu untuk mengimbangkan suhu badan anak-anak dan juga dapat mengeluarkan peluh. Tapi, kalau dah bosan asyik berikan sup yang sama sahaja kepada anak-anak ketika mereka tidak sihat, apa kata anda cuba butternut carrot soup dan hidangkan kepada mereka. Mesti akan kebah demam tu!

Resepi Creamy Butternut and Carrot soup

Bila anak sakit tekak dan demam, saya akan tukarkan jenis karbohidrat kepada yang putih dan kurangkan memberi protein. Ini untuk meringankan proses penghadaman supaya badan boleh fokus pada melawan penyakit. Hari ini saya masakkan sup creamy butternut dengan carrot yang dihidangkan dengan fluffy dinner rolls, untuk anak yang demam. Semoga cepat sembuh. Resepi “Creamy Butternut and Carrot soup” kegemaran Ashraf dari kecil disertakan pada gambar.

Bahan-bahan sup

  • 2 sudu besar butter
  • 1 biji bawang besar di cincang
  • 500 gm butternut (labu manis pun boleh, tapi saya akan tambahkan sedikit madu)
  • 2 batang carrot – bersihkan dan potong kecil (tak perlu kecil sangat)
  • 500 ml stok ayam
  • 1/4 cawan krim atau susu sejat
  • Garam dan serbuk lada hitam

CARA-CARANYA

1. Panaskan butter dan tumiskan bawang hingga lembut. Masukkan carrot dan kacau sebentar.

2. Masukkan butternut. Kacau dan tutup periuk. Kecilkan api dan biarkan masak antara 7-8 minit. Jenguk bila perlu, jangan sampai bawang hangus.

3. Masukkan stok ayam. Renihkan 20-25 minit, api rendah. Hingga butternut lembut.

4. Bila nampak butternut dan carrot sudah lembut (boleh di cerai dengan sudu), matikan api dan sejukkan seketika.

5. Masukkan isi periuk butternut tadi dalam blender. Blend hingga halus.

6. Masuk balik dalam periuk. Jika terlalu pekat, tambah sedikit lagi stok ayam.

7. Masukkan cream, panaskan kembali sup tapi jangan hingga betul-betul menggelegak.

8. Tambah garam, black pepper dan jika suka, sedikit madu. Rasa dan adjust jika perlu, ikut kesukaan masing-masing.

DAH SIAP!

Sumber : Ida’s Back To Basics

Apa pandangan anda dengan artikel ini? Komen di bawah: