Siapakah Pemain JDT Yang Menjulang Piala Liga Super Paling Banyak?
JDT mempunyai kelebihan untuk memuktamadkan Liga Super 2017 pada malam ini. Jika menang, ini adalah Piala Liga Super ke-4 dalam tempoh 5 tahun transformasi dilaksanakan. Namun, jika diteliti dari senarai pemain JDT musim 2017, siapakah pemain yang paling banyak menjuarai Liga Super?
Untuk musim 2017, JDT mempunyai 29 orang pemain. Boleh lihat senarai pemain disini. Untuk menjawab persoalan diatas, kami melakukan sedikit pencarian dan inilah yang kami temui.
Paling banyak Kejuaraan
[AdSense-B]Terdapat 2 pemain JDT yang telah bergelar juara Liga Super sebanyak 5 kali. Mereka adalah Amirul Hadi Zainal dan Shakir Shaari. Mereka memperolehi 2 kejuaraan semasa berada di pasukan lama mereka. Amirul Hadi bersama dengan Selangor dan Shakir bersama dengan Kelantan.
Amirul Hadi Zainal – 2009, 2010, 2014, 2015 dan 2016 (5 kejuaraan)
Shakir Shaari – 2011, 2012, 2014, 2015 dan 2016 (5 kejuaraan)
Zaman Hatrik Liga Super
JDT merangkul Liga Super tiga kali berturut-turut dari tahun 2014 hingga 2016. Selepas tamat musim 2013, JDT sekali lagi melakukan pembelian pemain secara besar-besaran. Namun ada antara meraka yang meninggalkan JDT pada penghujung musim 2016.
Aidil Zafuan – 2006, 2014, 2015 dan 2016 (4 kejuaraan)
Safiq Rahim – 2010, 2014, 2015 dan 2016 (4 kejuaraan)
Fadhli Shas – 2014, 2015 dan 2016 (3 kejuaraan)
Mohd Izham Tarmizi – 2014, 2015 dan 2016 (3 kejuaraan)
Fazly Mazlan – 2014, 2015 dan 2016 (3 kejuaraan)
Marcos Antonio – 2014, 2015 dan 2016 (3 kejuaraan)
Dua kali Juara
[AdSense-B]Enam pemain JDT berjaya menjulang Piala Liga Super dua kali setelah mereka berpindah ke JDT mulai musim 2015. Mereka bergelar juara untuk musim 2015 dan 2016. Namun, S. Chanturu sudah bergelar juara di pasukan lamanya sebanyak 2 kali.
S. Chanturu – 2011, 2012, 2015 dan 2016 (4 kejuaraan)
S. Kunanlan – 2015 dan 2016 (2 kejuaraan)
Mahali Jasuli – 2015 dan 2016 (2 kejuaraan)
Farizal Marlias – 2015 dan 2016 (2 kejuaraan)
Junior Eldstal – 2015 dan 2016 (2 kejuaraan)
Gary Steven Robbat – 2015 dan 2016 (2 kejuaraan)
Pertama kali bergelar Juara
Terdapat tiga pemain JDT yang hanya sekali bergelar juara Liga Super. Azamuddin Akil menyertai JDT pada awal musim 2016 manakala Azrif pada pertengahan musim. Seorang lagi adalah Ghaddar yang menjadi juara bersama Kelantan.
Azamuddin Akil – 2016 (1 kejuaraan)
Mohd Azrif Nasrulhaq – 2016 (1 kejuaraan)
Mohammed Ghaddar – 2012 (1 kejuaraan)
Belum pernah menjadi Juara
[AdSense-B]Dari senarai 29 pemain JDT, 12 pemain belum lagi pernah menjulang Piala Liga Super. Jika JDT berjaya menjadi juara musim ini, mereka akan bergelar juara buat kali pertama. 12 pemain tersebut adalah Gabriel Guerra, Gonzalo Cabrera, Natxo Insa, Hazwan Bakri, Safawi Rasid, Darren Lok, Nazmi Faiz, R. Gopinathan, Afiq Fazail, Dominic Tan, Hasbullah dan Haziq Nadzli.
Namun begitu, kemungkinan besar Haziq Nadzli dan Gary Steven Robbat tidak dapat dimasukan dalam senarai pemenang Liga Super kerana tiada penampilan dalam Liga super 2017. Kecualilah Coach Morais menurunkan mereka dalam baki perlawanan Liga Super.
Adakah anda sudah bersedia dengan perlawanan malam ini?
Sumber: Wikipedia. Jika ade kesilapan data sila inform ke kami
Baca juga: Preview Selangor vs JDT: Semangat JDT Membara, Selangor Mahu Tunda Hasrat JDT