PETUA RAWAT SAKIT SENDI ATAU TISU KOYAK

Petua Perubatan Melayu Tradisional Guna Kulit Pokok Mengkirai Rawat SAKIT SENDI, Mujarab!

Sakit sendi boleh memberikan rasa tidak selesa kepada sesiapa saja yang mengalaminya. Disebabkan itu, terdapat pelbagai cara yang dilakukan untuk melegakan kesakitan itu, termasuklah mencuba petua rawat sakit sendi dengan menggunakan kulit pokok mengkirai.

Sekiranya, anda mempunyai masalah sakit sendi mungkin boleh mencuba petua ini yang dikongsikan oleh Tuan Azwan Jamni. Bahkan menurutnya, ia juga dipercayai boleh digunakan untuk merawat tisu yang koyak.

PETUA RAWAT SAKIT SENDI ATAU TISU KOYAK

Melalui portal Melur’s Garden, tumbuhan mengkirai merupakan sejenis pokok yang cepat membesar dan merimbun. Ia mudah dijumpai di kawasan belukar dan hutan di sekitar kampung di Malaysia.

Di mana, daunnya berbentuk mudah dan tersusun secara berselang pada rantingnya. Saiz daun sekitar 6-15 cm panjang dan 2-5 cm lebar. Menariknya lagi, di dalam perubatan Melayu tradisional, kulit batang pokok mengkirai digunakan sebagai ubat ulser mulut.

Jadi, mari lihat petua di bawah!

Sakit sendi tisu koyak

Hari ini saya nak kongsikan satu petua mudah untuk masalah sakit sendi atau pun tisu koyak. Di mana, saya banyak mengajarkan kepada pesakit saya terutamanya pesakit slip disc.

Kulit pokok mengkirai. Inilah ubat orang tua-tua dahulu jikalau sakit sendi atau tisu koyak.

Bahan-bahan:

  • Kulit pokok mengkirai
  • Daun pisang

Caranya:

  • Ambil kulit pokok mengkirai.
  • Tumbuk hingga lumat.
  • Kemudian, tampal dengan daun pisang pada bahagian yang bermasalah sakit sendi atau tisu koyak di waktu ingin tidur.
  • Lakukan setiap hari.

Insha’Allah akan memberi kesembuhan penyakit tersebut.

Baca juga: Petua Hilangkan LEMAH BADAN Dengan Lulur Kunyit Hidup, Sangat Mujarab!

Sumber: Azwan Jamni

Apa pandangan anda dengan artikel ini? Komen di bawah: