Ulisses Morais Coach Baru JDT

Kenali Ulisses Morais Ketua Jurulatih Baru JDT

Laman fanpage Johor Southern Tigers baru sahaja mengesahkan perlantikan Ulisses Morais sebagai ketua jurulatih JDT yang baru dengan memuatnaik gambarnya bersama pengarah sukan JDT, Alistair Edwards. Jurulatih dari Portugal ini sudah berumur 57 tahun.

Kerjaya sebagai pemain

Ulisses Morais dilahirkan di kampung Almoster, Santarém, Portugal. Morais bermain selama 18 tahun sebagai peringkat senior tetapi hanya lapan di peringkat profesional. Beliau mewakili S.C. Covilhã, GD Bragança, U.D. Guarda, Sport Benfica e Castelo Branco, Varzim S.C. dan G.D. Peniche dalam ‘second devision’, dan O Elvas C.A.D. dalam Liga Primeira .

Bersama kelab terakhir, Morais muncul dalam tiga perlawanan pada musim 1987-1988 dan berkesudahan di kedudukan ke-15 daripada 20 pasukan tetapi masih mengalami penyingkiran. Morais bersara pada akhir tahun 1995, pada usia 36.

Kerjaya sebagai jurulatih

Ulisses Morais coach baru JDT

Morais mula menjadi pengurus pasukan selepas bersara. dengan lapan tahun pertama dihabiskan di peringkat liga ketiga atau lebih rendah. Dari tahun 2002 hingga 2004, dia mengetuai G.D. Estoril Praia memperolehi dua promosi berturut-turut sepanjang laluan ke liga utama dan pada masa yang sama, Morais berjaya menamatkan ijazah kejurulatihan UEFA beliau, tahap III.

Bermulanya disitu, Morais terus menjadi jurulatih untuk kelab di liga pertama dengan Gil Vicente FC, C.S. Marítimo, Persatuan Naval 1º de Maio, F.C. Paços de Ferreira, Académica de Coimbra dan S.C. Beira-Mar. Dia dipecat pada 7 September 2009 berikutan keputusan buruk dan hanya mengalami penyingkiran dengan yang pertama kerana pertukarana peraturan pertandingan. Namun, dia berjaya membawa Gil ke tempat ke-12 dalam kempen 2005-06.

Nota: Nazmi Mansor berada di Beira-Mar semasa Ulisses Morais menjadi coach disana.

Statistik ketika menjadi jurulatih

Ulisses Morais manager stat

Total perlawanan: 286

Menang: 33.6%

Seri: 23.4%

Kalah: 43.0%

Harapan penyokong

Kami berharap agar pemain dapat cepat serasi dengan coach baru ini. Pemain mungkin tidak akan mengalami banyak masalah kerana Morais meminati formasi 4-3-3 yang kerap digunakan oleh JDT. Kami akan menantikan perlawanan pertama yang dibawah kelolaan Morais. Semoga berjaya.

Baca juga: TERKINI: Mora Kembali Menjadi Coach JDT II, Ismail Ibrahim dan Raul Longhi Coach Sementara JDT

Apa pandangan anda dengan artikel ini? Komen di bawah: