Tips Senang Bangun Solat Subuh Khususnya Untuk Orang Muda, Tak Liat Dah!
Benarlah kata orang, perkara yang paling susah untuk buat bagi seorang manusia beragama Islam adalah bangun pagi untuk menunaikan solat Subuh. Tambah pula kalau tidur lambat atau penat, makin bertambah-tambahlah ‘liat’ untuk bangun solat Subuh.
Khususnya buat orang muda sudah pastinya sangat sukar untuk membiasakan diri bangun di awal pagi untuk menunaikan solat bukan? Jangan risau, anda boleh latih diri dari awal menggunakan 7 tips ini supaya lengkap solat Subuh dan solat-solat yang lain. Barulah seorang Muslim yang berjaya!
KENAPA SUSAH SANGAT SOLAT SUBUH? INI TIPS SUPAYA JADI MUDAH
1. Tidur awal
Adalah dinasihatkan untuk anda berehat selepas pukul 10 malam dan ini merupakan waktu terbaik untuk tidur. Ada dalam hadis menyebut tentang 1 jam pertama selepas Isyak adalah waktu yang sepatutnya manusia itu rehat.
2. Kurangkan gajet
Menjadi masalah manusia zaman sekarang adalah kerana terlampau ‘melekat’ dengan gajet sampai tengah malam. Penting untuk anda tahu bahawa anda perlu mengurangkan melihat dan menggunakan telefon bimbit selepas pukul 1o malam kalau nak bangun subuh awal.
Bebannya mata yang melihat banyak kejahatan di media sosial dan internet yang menyebabkan anda selalu terlepas Subuh.
3. Solat awal
Amat digalakkan untuk anda solat Maghrib dan Isyak pada awal waktu dan wajibkan diri untuk berada di rumah pada waktu begini demi untuk memastikan kita dapat solat Maghrib dan Isyak yang tak lewat. Masuk waktu, kita solat terus. Itulah kekuatan untuk bangun Subuh.
4. Zikir sebelum tidur
Sebelum tidur, banyakkan zikir dan selawat supaya tidur menjadi tenang. Baca doa sebelum tidur juga akan membantu kita untuk bangun Subuh dengan mudah. Jangan tidur lepas tengok movie. Jangan tidur lepas baca gosip rampas suami orang. Jangan tidur lepas komen buruk di Facebook orang lain.
Antara zikir yang disarankan adalah, Subhanallah 33 kali, Bismillah 41 kali dan Allahuakhbar 33 kali.
5. Baca doa sebelum tidur
Sebelum tidur, macam-macam yang boleh kita baca. Antara yang anda boleh lakukan adalah baca doa, baca hadis, baca Al Quran sebelum tidur kerana tanpa amalan ini, terputuslah tali yang mengikat dan memalaskan kita untuk bangun Subuh.
6. Niat, beritahu Malaikat
Mesti teringat mak-mak dan ustaz zaman sekolah adalah memesan perkara ini supaya mudah untuk kita bangun Subuh bukan? Ternyata ini adalah benar kerana setiap seorang dari kita mempunyai dua malaikat sebagai penjaga.
Jadi, niat bahawa kita ingin bangun Subuh, sambil menepuk bantal boleh bersembang dengan malaikat mengatakan anda ingin bangun awal untuk solat Subuh. Mesti menjadi!
7.Wuduk sebelum tidur
Biasakan diri kita dengan berwuduk sebelum merebahkan badan dan melelapkan mata. Cuba bayangkan ini adalah wuduk kita yang terakhir jadi sempurnakan wuduk dengan tenang dan tertib kerana bila badan mempunyai wuduk, selalunya malam anda akan tidur dengan tenang.
*Petua untuk menjadi orang yang berjaya salah satunya adalah memulakan hari atau pagi dengan bercakap dengan Allah Maha Besar. Bak kata pepatah Inggeris “The early bird gets the worm..”
Sumber: Twitter @Nasrulshahzman