Hilangkan Misai Wanita

Wanita Malu Ada Misai Praktik 7 Cara Mudah Ni Di Rumah Untuk Hilangkannya

Lebihan bulu di kalangan wanita memang memalukan. Bukan apa, kalau di tempat yang tersorok, boleh lagi cover. Macam mana kalau tumbuh banyak kat atas bibir? Nampak macam ada misai sahaja.

Disebabkan hormon, ramai wanita yang ditumbuhi bulu halus di atas bibir. Ada sesetengahnya ketara sampai nampak macam misai. Masalah ini juga boleh menyebabkan wanita malu nak jumpa dan berbual dengan orang . Automatik rasa kurang keyakinan diri.

Tapi jangan biarkan masalah terus merunsingkan hati dan fikiran. Kalau dicabut, orang kata akan tumbuh dengan banyak lagi. Kalau wax pun, perit juga. Tiadakah cara yang tidak menyakitkan? Praktikkan lima cara ini untuk hilangkan misai atau bulu halus atas mulut.

1. Serbuk Kunyit

Ambil dua sudu teh serbuk kunyit dan dua sudu teh susu segar. Campur keduanya hingga jadi pes. Kemudian sapu di bahagian atas bibir. Bila sudah kering, bilas dengan air bersih. Tapi cara ini mungkin akan meninggalkan warna kuning di atas bibir.

2. Tepung Kosong

Cara ini sama dengan petua di atas. Campurkan tepung gandung dan susu. Bancuh dan sapu atas bibir tu. Setelah itu, kopek dan tarik sisa tepung yang telah kering di kawasan tersebut.

3. Gula dan Lemon

Cara ini bukan sahaja boleh hilangkan bulu halus atas bibir, tapi juga boleh mencerahkan kulit. Pertama sekali panaskan gula dalam kuali kemudian masukkan jus lemon supaya air jadi likat.

Sapukan campuran pada bahagian atas bibir. Biarkan beberapa ketika sebelum menekannya dengan kain yang bersih. Urut kawasan tersebut dengan gerakan membulat sambil kain tersebut ditarik ke arah bulu-bulu halus itu tumbuh (untuk menarik keluar bulu dari akarnya).

4. Putih Telur

Ambil putih telur lalu campurkan dengan tepung jagung dan gula. Gaul sebati dan sapukan pes tersebut di bahagian berbulu halus. Biarkan selama 30 minit sebelum mengupas dan menariknya.

5. Pisang

Lecek sebiji pisang. Sesudah itu, masukkan dua sudu oatmeal. Gaul dan sapu pada atas bibir. Sambil itu urut perlahan-lahan selama 12 hingga 15 minit. Lakukan dua kali seminggu. Ia sesuai untuk mereka yang mempunyai kulit kering.

6. Betik

Lenyekkan setengah biji betik masak sehingga menjadi pes. Kemudian, campurkan setengah sudu serbuk kunyit. Sapukan pada kulit dan biarkan selama 15 minit. Selepas itu basuhkan muka dan ulangi beberapa kali.

7. Tepung Jagung

Campurkan 10 ml jus lemon, 150 ml air, bersama 30 gram tepung jagung. Ia akan menjadi larutan yang likat. Sapukan pes ini pada bahagian wajah anda dan biarkan ia mengering sekitar 15 minit. Tanggalkan pes itu dengan menarik ‘kulitnya’ perlahan-lahan dan bilas dengan air bersih.

Apa pandangan anda dengan artikel ini? Komen di bawah: