Tun Mahathir

Warga asing tidak dibenar beli kediaman Forest City

KUALA LUMPUR: Malaysia tidak akan membenarkan rakyat asing membeli unit kediaman yang di projek Forest City, Johor yang membabitkan pelaburan sehingga AS$100 bilion, kata Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Projek berkenaan menjadi tanda tanya selepas pakatan yang dipimpin oleh Dr Mahathir mencatatkan kemenangan mengejutkan pada pilihan raya umum Mei lalu, ketika pemaju projek itu, Country Garden Holdings Co merancang untuk memulihkan semula penurunan permintaan di bandar raya yang dijangka menempatkan sehingga 700,000 penduduk itu.

“Satu perkara yang pasti, bandar raya yang akan dibina tidak boleh dijual kepada orang asing,” kata Perdana Menteri pada sidang akhbar di sini, hari ini.

“Kami tidak akan memberikan visa kepada warga asing dan tinggal di sini,” tambahnya.

“Matlamat kami adalah kerana ia dibina untuk warga asing, bukannya rakyat Malaysia. Kebanyakan rakyat Malaysia tidak mampu membeli rumah berkenaan.”

Seorang pegawai Country Garden berkata, syarikat itu tidak mempunyai sebarang maklum balas terhadap kenyataan Dr Mahathir itu.

Tentangan terhadap projek itu membantu kempen pilihan raya Dr Mahathir, yang bersama projek sokongan China lain dikatakannya sebagai bukti bekas Perdana Menteri menjual negara ini ke China.

Rakyat Johor mengadu sejumlah besar warga China membeli hartanah di Forest City, selain kebimbangan kerosakan alam sekitar, lambakan dalam pasaran hartanah dan impak tambakan tanah terhadap perikanan.

Country Garden telah membangunkan sebahagian kecil kawasan tambakan diracang seluas 20 kilometer persegi, di mana warga China merangkumi kira-kira 70 peratus pembeli pangsapuri tahun lalu.

-Reuters

Apa pandangan anda dengan artikel ini? Komen di bawah: