Pahang Vs Jdt Ramai

Analisa Taktikal: JDT lebih berstruktur, Pahang kurang konsisten

Pertembungan fenomena atau ‘Big Game Of The Week’ malam tadi di antara JDT dan Pahang yang menyaksikan Tok Gajah tumbang dengan Harimau Selatan di gelanggang keramat Pahang iaitu Stadium Darul Makmur dengan jaringan dua berbalas kosong, sekali gus mengukuhkan kedudukan JDT di persada liga dengan jarak 9 mata di hadapan Kedah yang menang ketika bertandang di Stadium Hang Jebat menentang Melaka United.

Dalam artikel kali ini penulis kami akan mengulas analisis dan pemerhatian terhadap apa yang berlaku sepanjang 90 minit perlawanan berlangsung.

pahang vs jdt 2017 hazwan bakri

Separuh Masa Pertama

Formasi Utama JDT

Pada awalnya JDT memulakan perlawanan dalam formasi 4-3-3 (transisi formasi 3-4-3) dan Pahang dengan formasi 4-1-4-1 sistem target man. Dalam fasa 10 minit pertama, JDT ambil kesempatan ke atas settledown process Pahang dengan bermain secara quick counter play.

Hasilnya gol pertama dalam masa 2 minit sejak dari bermulanya perlawanan. Kredit pada Ghaddar yang pandai mencipta false space dengan menarik tiga pemain pertahanan Pahang untuk menekan beliau.

Namun, JDT mula memperlahakan tempo perlawanan untuk cuba mengatur build up game semula. Midfield JDT mula diarahkan untuk lebih drop deep ke bahagian kawasan dan membentuk sistem target man dengan formasi bertahan 4-1-4-1, meletakan Ghaddar sebagai target man.

Pahang pula membentuk teamplay dan beberapa siri serangan ke arah gawang JDT mula di atur. JDT amat bernasib baik kerana refleks Izham dalam keadaan onform. Namun persembahan AmirulHadi kurang memuaskan hingga menyebabkan Natxo membuat kerja lebih dengan membuat covering space yang ditinggalkan AmirulHadi.

Separuh Masa Kedua

Pertukaran Amirul dengan Afiq mengukuhkan penguasaan bahagian tengah JDT. Ini memaksa Pahang meletakkan mereka dalam keadaan bertahan. Penulis akui, kemasukan Afiq mengurangkan workload yang diletakkan kepada Natxo ketika separuh masa pertama.

Isu covering space pun apat diperbaiki dan JDT mula bermain secara posession play namun keterlibatan Ghaddar semakin kurang. Namun, Safiq kurang menonjol dalam playmaker kerana bayangan dia ditutupi Natxo yang banyak membuat gerakan untuk striker. Tetapi Safiq agak menonjol ketika menjadi box to box player, di mana dia banyak membuat back up striker.

pahang vs jdt 2017 hazwan bakri

Minit ke 70, ketika Hazwan menggantikan Ghaddar, JDT  mula bermain mengikut sistem poacher. High line game juga mula dikenakan ke atas Pahang yang mula loose dalam game, mungkin akibat isu fitness atau mula bermain secara bertahan. Serangan JDT bermula dari flank kanan yang menguasai halfspace secara total. Pahang pula bermain secara bertahan dengan mengenakan beberapa tactical foul di defending third mereka.

Pada minit-minit terakhir, JDT mula bermain attacking secara total. Serangan demi serangan hinggan beberapa kali hampir menyinggah gawang. Akhirnya, DMF sensai JDT, Natxo menjaringkan gol dengan bantuan Safiq yang menyudahkan cutback Guerra.

MOTM PILIHAN SEMUANYAJDT.COM : NATXO INSA

pahang vs jdt 2017 natxo insa

Manusia Tanpa Jantung ini membuat covering hampir keseluruhan bahagian tengah padang. Workload yang ditinggalkan AmirulHadi mampu ditutup oleh beliau secara total hingga tiada peluang Pahang untuk menyerang ke pertahanan JDT. Gandingan bersama Safiq dan Afiq di bahagian tengah boleh dikatakan antara terbaik yang pernah JDT ada. Tahniah, satu pembelian yang berbaloi, El-Matador.

Baca juga: Bertemu Sarawak, Morais Mahu Merehatkan Pemain yang Beraksi Menentang Pahang


Apa pandangan anda dengan artikel ini? Komen di bawah: