1

Ibu Berpantang Jangan Takut Makan Ayam Resepi Bonda Rozita Buat Shahida Bertenaga

Biasanya ibu berpantang takut makan ayam selepas bersalin. Pemakanan yang berkhasiat memainkan peranan yang penting dalam tempoh berpantang bagi ibu. Bagi ibu yang menitikberatkan pemakanan yang sihat dalam tempoh berpantang pasti sekali akan berhati-hati dalam memilih makanan. Namun begitu, para ibu tidak boleh mengabaikan sumber protein kerana ia merupakan sumber yang baik dalam proses berpantang.

Fakta

Ayam dan ikan merupakan sumber yang baik bagi protein, vitamin dan garam mineral. Ibu yang sedang berpantang memerlukan banyak protein. Sumber protien seperti ayam, ikan, telur dan kekacang amat penting untuk memulihkan luka akibat bersalin sama ada luka faraj atau pembedahan. Protien berfungsi untuk pembentukan tisu-tisu badan yang membantu luka untuk sembuh.

Ibu-ibu juga boleh mempelbagaikan menu semasa berpantang. Menu yang sama boleh membuatkan ibu berpantang cepat jemu dan tidak berselera. Tiga resepi yang menarik serta berkhasiat yang dikongsi oleh Bonda Rozita amat menyelerakan serta mudah disediakan khas untuk wanita selepas bersalin. Resepi yang mudah ini juga boleh dipraktikkan oleh golongan bapa untuk isteri mereka.

Resepi Ikan Gelama

Kali ni sy share video masak ikan dalam pantang.. ikan gelama.. sebenarnya ada banyak lagi tips masakan yg sgt lzat sewaktu berpantang ..!! . Ia bukan saja bagus utk menjga ibu tetapi ia juga membantu utk menguruskan.. melancarkan darah.. memulihkan kembali urat2 saraf yg kembang semasa hamil dn semasa meneran bayi tu..!! . Amalan berpantang itu wajib kita lakukan seelok2nya sejak dr lepas ank lahir..kalau jaga badan dr anak sulung badan akn segar sampai tua nanti..Insya Allah.. . Itulah spa terapi diri memulihkan kesihatan dn kecantikan ibu utk sihat sepanjang zaman.. . Utk video lanjut yg lebih jelas lagi..rugi x tengok yg full sila lihat atau subscribe di Youtube : Rozita Ibrahim..sy terangkan kenapa sy letak bahan2 ni dn apa sy kaji dr sumber makanan ni.. . “..Abaikan pendal buruk sy tu ya…”..

A post shared by ROZITA JRM OFFICIAL (@bondarozitaibrahim) on

Resepi Sambal

Pedih mata tumbuk sambal dalam pantang ..he he sy kasi pd Ida ..respi sy tulis utk Ida ..Mak x sempat jaga ida so nanti tiru je suruh maid buat…dn followers tiru juga lepas ni ya..!! . Ia bagus utk menyihatkan bayi..tingkatkan kualiti darah.. sistem pencernaan ibu juga bertambah lancar meringankan badan ibu dan mengurangkan tekanan akibat perubahan hormon.. . Makan sedap sgt nasi panas2 huhhhh selera menantu ku..sihat cucu sy jugak.. . Ia makanan diet yg sedap..segar..penuh khasiat utk urat2 dn pecah lemak..Ni sy masak si Ida, lakinya yg makn gak nanti dn cucu2 ikut makan sekali..” eloklah nanti kentut banyak tu..he he betul..😊😁”.. . Ni bahan2 utk sambal berpantang.. . – bawang holland – bawang putih – lada hitam – air asam jawa – gula – garam . Kalau anda makan aji boleh ler letak sikit..bawang putih lebihkan lagi sedap tau..nyummmm . #dapurbonda #resepibonda #resepiberpantangbondarozita #bondarozita

A post shared by ROZITA JRM OFFICIAL (@bondarozitaibrahim) on

Resepi Ayam Masak Lada Hitam

Sambil melihat Bonda Rozita berceloteh berkongsi resepi-resepi berpantang yang menarik dan menyelerakan, ibu-ibu juga boleh mendengar tip daripada beliau tentang khasiat-khasiat yang terdapat dalam setiap masakanya. Selamat mencuba!

Apa pandangan anda dengan artikel ini? Komen di bawah: