4 Pemain JDT Yang Masih Belum Diturunkan Oleh Benjamin Mora

Jasa Benjamin Mora Jangan Dilupakan

Kekalahan kepada pasukan Selangor malam tadi dapat kita tutupi dengan kejuaraan buat kali keempat berturut-turut untuk menjulang trofi Liga Super Malaysia. Johor Darul Ta’zim berjaya mencatat sejarah buat julung kali nya dan menjadi pasukan pertama yang meraih kejuaraan empat kali berturut-turut.

Sejajar dengan misi dan visi Tengku Mahkota Johor, JDT berada di landasan dan kelasnya tersendiri. Kejayaan JDT semalam sekali lagi membolehkan JDT bermain di peringkat kelayakkan ACL tahun hadapan.

Dan ia akan menjadi satu lagi cabaran untuk pasukan JDT untuk menjadi pasukan pertama di Malaysia bermain di peringkat paling tertinggi di Asia.

[AdSense-B]

Penulis disini ingin mengajak para pembaca mengenai satu susuk tubuh yang patut menerima pujian dari hasil kejuaraan ini. Walaupun kita sama-sama dapat melihat prestasi beliau agak kurang memuaskan sepanjang mengendalikan pasukan JDT pada awal musim, namun bagi penulis untuk memastikan JDT berjaya menjuarai Liga Super, beliau telah memainkan peranan besar.

Benjamin Mora, itu lah nama yang diberi. Beliau dengan sedaya upaya memastikan permainan “total football” yang menjadi garis panduan kepada pasukan JDT menjadi realiti. Ini merupakan perubahan DNA yang amat ketara untuk pasukan JDT pada musim 2017.

Walaupun tidak lah terlalu sempurna dan seringkali menunjukkan gaya permainan yang agak negatif, beliau cuba menggunakan sepenuhnya ilmu yang beliau miliki beserta pengalaman beliau berkelana ke Altletico Madrid untuk memastikan JDT membawa perubahan pada corak permainan. Bagi penulis ini satu tugas yang sukar dan berat.

[AdSense-B]

Pada awal musim 2017 merupakan waktu yang sangat sukar buat pasukan JDT tetapi tidak lah begitu teruk. JDT cuma kalah di peringkat play off ACL, kalah di peringkat kumpulan AFC dan kekalahan pertama di Liga Super Malaysia ketika bertemu Pasukan Perak di tempat lawan.

Amirul Hadi menjadi mangsa eksperimen benjamin mora

Selebihnya seri dan menang. Cuma corak permainan yang diterapkan nampak goyah dan tidak meyakinkan.

Benjamin Mora kerap kali menurunkan pemain yang gagal menunjukkan aksi terbaik di atas padang dan kadang-kadang suka memperjudikan percaturan yang kadang kala memerangkap diri sendiri. Gaya ‘defensive’ selepas mendahului walau satu gol juga merupakan antara rencah di dalam gaya taktikal beliau kepada pasukan.

[AdSense-B]

Timbunan kritikan diterima oleh beliau ketika mengendalikan pasukan utama JDT sehingga memaksa TMJ membuat beberapa kali pertemuan bersama peminat JDT. Beliau masih lagi meneruskan tugas beliau dengan memastikan kemenangan sehingga la beliau diturun kan semula ke JDTII.

Bagi penulis beliau berjaya memastikan KPI beliau tercapai. Memastikan JDT dipuncak liga dan menang seberapa banyak yang boleh.

Jasa beliau untuk kejuaraan kali ini amat la besar. Beliau layak juga untuk menjulang piala tersebut bersama-sama pasukan JDT nanti.

[AdSense-B]

Jika beliau tidak memastikan JDT di puncak liga sebelum jurulatih Morais datang, ianya pasti sukar untuk kita menjulang piala tersebut pada malam semalam. Akhir kata penulis kepada Benjamin Mora, terus kan usaha anda di JDTII untuk memastikan falsafah “total football” di terapkan dari asas.

Graciąs Benjamin Mora.

Baca juga: Analisa Selangor vs JDT : ‘Counter-Play’ Selangor membunuh ‘Build-Play’ JDT

Apa pandangan anda dengan artikel ini? Komen di bawah: