Jdt Sasar 4 Terbaik

JDT sasar empat terbaik Liga M, tingkat prestasi Piala AFC

Juara Liga Super dan Piala Malaysia, Johor Darul Ta’zim (JDT) tampak enggan meletak sasaran tinggi pada saingan Liga Malaysia (Liga M) 2018 yang menyingkap tirainya Februari depan.

Sebaliknya juara liga empat musim berturut-turut itu lebih mengutamakan konsistensi dalam mengharungi kempen Liga M yang dianggap kunci kejayaan kelab berkenaan, selain perlu mengharungi saingan kelayakan Liga Juara-Juara Asia (ACL) dan Piala AFC.

[AdSense-B]

Menerusi kenyataan laman rasmi Johor Southern Tigers, kelab Harimau Selatan itu meletakkan sasaran untuk berada di kedudukan empat teratas liga selain layak ke suku akhir Piala FA dan Piala Malaysia.

“Antara sasaran yang ditetapkan untuk JDT adalah berada di kedudukan empat teratas liga dan layak ke suku akhir Piala FA dan Piala Malaysia. Namun yang diutamakan adalah konsistensi dalam saingan Liga M yang menjadi kunci kejayaan kelab.

JDT juara piala malaysia 2017

“Selain itu JDT juga akan berusaha untuk beraksi lebih mantap pada saingan Piala AFC yang akan bermula tidak lama lagi,” kata kenyataan itu.

Dalam kenyataannya, JDT turut memfokuskan misi dan visi yang sama diperkenalkan sejak melakukan transformasi pada musim 2013 dengan pencapaian lebih gemilang pada musim depan.

[AdSense-B]

Skuad kendalian Ulisses Morais sudah memulakan sesi latihan sejak kelmarin dan Hariss Harun yang dipinjamkan ke kelab Liga Singapura (Liga S), Home United kembali memperkuat skuad Harimau Selatan untuk mengisi kuota ASEAN yang diperkenalkan pada musim depan.

Turut menjalani latihan adalah pemain kacukan, La’Vere Corbin Ong yang memulakan latihan sejak kelmarin selain pemain import Luciano Figueroa dan penjaring terbaik musim 2016, Jorge Pereyra Diaz kembali menyertai skuad itu.

JDT juara piala malaysia 2017 2

Bagi import kuota Asia, skuad Harimau Selatan akan mengumumkan namanya pada awal Januari ini memandangkan pemain berkenaan masih terikat kontrak dengan pasukan lamanya sehingga hujung Disember ini.

Sumber: Berita Harian

Baca juga: 5 Perkara Yang Dinantikan Oleh Penyokong JDT Menjelang Musim 2018

Apa pandangan anda dengan artikel ini? Komen di bawah: