Kashiwa Reysol

Kashiwa Reysol Menanti Pemenang Antara Muangthong United Dan JDT

Persoalan pasukan manakah dari Jepun yang akan menanti pemenang perlawanan pusingan kedua kelayakan Piala ACL 2018 antara Muang Thong United dan JDT sudah terjawab. Jawapannya adalah Kashiwa Reysol yang menamatkan kedudukan ke-4 Liga J1 2017.

Ini terjadi apabila, Cerezo Osaka memperolehi slot automatik ke peringkat kumpulan Liga Juara-Juara AFC 2018 selepas kemenangan 2-1 ke atas Yokohama F. Marinos dalam Piala Maharaja Jepun pada pembukaan tahun 2018.

Kashiwa yang menduduki satu tempat di bawah Cerezo dalam liga musim lalu kini akan bertemu dengan pemenang pusingan kedua perlawanan antara Muang Thong United dari Thailand dan Johor Darul Ta’zim (JDT) dari Malaysia.

Muang Thong sudah mempunyai pengalaman bermain di peringkat kumpulan sebelum ini, termasuk dalam pertandingan musim lalu. Sementara JDT sedang menantikan penampilan pertama mereka dalam pertandingan elit peringkat Asia ini.

Pertembungan penting antara dua kelab dari negara Asia Tenggara akan berlangsung Stadium SCG di Nonthaburi, Thailand pada 23 Januari. Pasukan manakah yang akan melangkah ke peringkat seterusnya dan bertemu dengan Kashiwa Reysol?

Sumber: goal.com

Baca juga: Jadual JDT Bagi Januari 2018


Apa pandangan anda dengan artikel ini? Komen di bawah:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *