Jdt Vs Perak Menang

Liga Super 2017: 5 Perkara Dari Kemenangan 2-1 Keatas Perak

Semalam berlakunya perlawanan antara Johor Darul Takzim (JDT) menentang Perak FA di Stadium Tan Sri Dato’ Haji Hassan Yunos di Larkin. Terdapat beberapa insiden yang menimbulkan isu panas dan kontroversi pada peminat bolasepak di Malaysia.

Permulaan

Pada perlawanan ini, Perak menurunkan formasi 4-2-3-1 dan yang menariknya adalah Hafiz Kamal diletakkan di posisi sayap kiri. Ianya menimbulkan persoalan pada penulis apakah fungsi Hafiz Kamal berada di posisi sayap kiri?

Jadi, beliau menjadi tumpuan bagi penulis kerana ingin tahu apa peranan beliau di atas padang. Seperti yang kita tahu, Hafiz Kamal bukanlah seorang pemain yang laju. Oleh sebab itu, penulis tidak berapa pasti apakah kemahuan Mehmet ingin meletakkan beliau di bahagian sayap.

jdt vs perak kesebelasan utama

Untuk pasukan JDT pula, skuad kendalian Ullises Morais menurunkan barisan pemain yang sama ketika mereka menentang pada pasukan T-Team pada tempoh hari. ¬†Mereka juga mengekalkan taktikal yang sama ketika menentang T-Team iaitu meletakkan Gonzalo Cabrera dan Gabriel Guerra di bahagian halfspace dan menggunakan sistem “double 8”. Afiq juga menjadi lone pivot pada perlawanan kali ini.

1- Johor memegang bola dengan senang-lenang

Seperti biasa, pasukan Johor banyak memegang bola dan melakukan serangan terutama sekali pada trio tengah JDT iaitu Natxo-Afiq-Safiq. Tetapi apa yang penulis lihat pada perlawanan ini ialah Safiq Rahim dan Afiq Fazail banyak bergantung harap pada Natxo Insa. Ini semestinya memberi sedikit beban kepada beliau. Ianya seakan beliau banyak membina serangan kepada pasukan JDT.

Beliau ada berada di mana-mana sekitar padang walaupun Natxo sudah berumur 31 tahun. Safiq dan Afiq seakan-akan tidak banyak memberi kerjasama dan lakukan support kepada Natxo Insa. Justeru, Safiq dan Afiq gagal untuk bermain secara berpasukan pada trio tersebut. Safiq Rahim pada perlawanan kali ini banyak bergerak dalam “jogging pace” manakala Afiq gagal untuk menjadi pivot yang baik pada kali ini.

Pada bahagian attacker JDT pula, saya lihat mereka agak sukar untuk melakukan finishing product. Walaupun banyak gerakan dan menerima lorongan bahaya daripada rakan-rakan mereka, jelas mereka tidak selesa akan pelan defensive Perak yang mengamalkan permainan physical contact dan zonal marking kepada marking.

2- Perak bermain dalam keadaan ‘defensive minded’

Pada perlawanan ini, apa yang penulis lihat adalah ‘defensive line” pasukan Perak jatuh dan terletak betul di hadapan ’18 yard box’. Mereka juga bertahan dengan formasi 5-4-1 dan ada kadangkala terdapat 6 pemain di barisan pertahanan. Ianya jelas mereka menggunakan ‘park the bus’ dan melakukan zonal marking serta permainan physical football.

Tetapi dari serangan Perak pula, mereka mengamalkan serangan ‘counter attack’ di bahagian flanker. Walau bagaimanapun, pemain seperti Nasir Basharudin dan Hafiz Kamal gagal menyerlah pada perlawanan ini. Penyerang pasukan Perak FA, Gilmar jelas tidak memberi apa-apa sumbangan kepada pasukan dan hubungan antara sesama rakan gagal beliau untuk berhubung.

Dari segi pressing dan delaying ball flowing juga amat lemah pada pasukan Perak, ini kerana mereka mengamalkan zonal marking dan ada kadangkala mereka agak keliru dengan siapa yang akan menjaga pemain lawan mereka apabila tiba di tempat mereka.

Peranan Hafiz Kamal pada perlawanan ini tidak begitu jelas pada penulis apakah peranan beliau adakah role wide midfielder atau sebagai defensive midfielder di bahagian sayap? Tetapi apa yang penulis boleh memberi pujian kepada beliau adalah gol dari ‘setpiece’ di luar kotak penalti yang sangat cantik terus ke ‘top corner’.

3- Morais menukar ke pelan B iaitu 4-2-4

Pada separuh masa kedua, Morais membuat pertukaran taktikal dengan memasukkan Hazwan Bakri di bahagian serangan. Ianya jelas bahawa beliau ingin anak-anak buah beliau menaikkan intensiti untuk mencari gol. Dengan pertukaran formasi 4-2-4, ianya memberi ‘numerical attacker’ pada pasukan JDT. Oleh itu, ianya memberi advantage dari segi serangan dan memaksa barisan pertahanan Perak untuk mengaktifkan 1 lawan 1 antara pemain JDT.

Taktikal ultra offensive 4-2-4 ini juga memberi kesukaran kepada Leandro Dos Santos dan Shahrul Saad untuk membuat covering di bahagian mereka. Jika mereka meninggalkan tempat mereka, ianya membuka ruang kepada Ghaddar dan Hazwan untuk melakukan serangan berbahaya dari tempat mereka.

Ternyata pelan B Morais memberi hasil yang lumayan kepada JDT dengan gol daripada Fadhli Shas hasil dari kesilapan penjaga gol Perak Hafizul Hakim yang menumbuk bola menuju ke kaki Fadhli.

4- Gol kontroversi Mohamad Ghaddar

Pada minit ke-60, gol dari Mohamad Ghaddar ternyata memberikan kontroversi kepada peminat bolasepak Malaysia. Bagi pendapat penulis ianya jelas ‘offside’ kerana rembatan bola daripada Gabriel Guerra ditampan oleh penjaga gol Perak, Hafizul Hakim adalah ‘deliberate save from the keeper’.

Jikalau rembatan bola tersebut terkena pada kaki pemain lawan maka gol Ghaddar akan dikira kerana ianya adalah ‘deliberate play’. Maka dari segi pengadilan ini jelas ramai bertanyakan tentang kredibiliti pengadil Malaysia untuk mengadili perlawanan ini.

5- Apa yang bermain di fikiran Hafizul Hakim?

Pada perlawanan yang genting ini, ianya memberi kemusykilan kepada penulis mengapa penjaga gol Perak, Hafizul Hakim banyak melakukan kesilapan seperti tidak melakukan tangkapan kemas dan sering memberi bola muntah kepada pihak lawan?

Kesilapan demi kesilapan yang beliau lakukan sejak dari permulaan perlawanan, ianya memberi ancaman dan resah kepada bahagian pertahanan Perak. Pemain pertahanan import Perak, Thiago pernah memarahi beliau ketika perlawanan akibat kelakuan beliau yang sering melakukan kesilapan.

Walaupun Hafizul dimarahi oleh Thiago, ianya tidak memberi apa-apa kesedaran beliau dan kesilapan beliau yang menumbuk bola dengan tidak betul terus ke kaki Fadhli dan memberi gol yang mudah pada pasukan JDT. Adakah Hafizul berasa gementar pada perlawanan seperti ini?

Kesimpulan

Oleh kerana banyak isu panas yang timbul pada perlawanan ini seperti kredibiliti pengadil Malaysia yang memberi gol ‘offside’ kepada Ghaddar. Justeru, ramai yang ‘triggered’ akan situasi sebegini. Jika gol ‘offside’ tersebut tidak diberikan, keputusan akan menjadi 1-1.

Permainan bola sepak sentiasa ada drama-drama yang tersendiri. Dari segi taktikal, JDT merupakan pasukan yang lebih baik dari Perak. Dengan pelan B formasi 4-2-4 oleh Ullises Morais jelas menjadi tanda kebangkitan kepada pasukan JDT.

Man of the Match

Natxo Insa

Pemain ini sentiasa memberi sumbangan yang banyak pasukan JDT dari segi hantaran, gerakan dan membina serangan dari beliau. Walaupun beliau berumur 31 tahun, stamina beliau tetap kuat ibarat pemain muda. Dengan kualiti yang ada pada Natxo Insa, pemain-pemain Malaysia harus mencontohi Natxo Insa terutama pada pemain-pemain muda.

Baca juga: Tahniah!! JDT Sudah Layak Ke Piala AFC 2018


Apa pandangan anda dengan artikel ini? Komen di bawah: