Piala Malaysia 2014

Piala Malaysia 2017: 5 Perkara Menarik Untuk Kumpulan D

Semalam kita sudah saksikan undian penuh Piala Malaysia 2017 dan JDT berada dalam kumpulan D bersama dengan Selangor, Sarawak dan Terengganu. Kumpulan D dapat disimpulkan sebagai kumpulan yang seimbang dan semua pasukan berpeluang ke peringkat seterusnya.

Melihatkan senarai pasukan dari Kumpulan D, kami dapat mengumpul 5 perkara yang menarik dari kumpulan ini

1- Adakah wakil dari setiap zon?

Boleh dikatakan setiap pasukan ini mewakili setiap zon dalam Malaysia. JDT mewakili zon selatan, Selangor zon tengah, Sarawak zon Borneo dan Terengganu zon pantai timur. Jika ada lagi pasukan pastinya dari zon utara. Malangnya hanya 4 pasukan untuk setiap kumpulan.

2- Rekod Selangor yang sungguh menakjubkan

selangor juara piala malaysia 2015

Dalam kancah Piala Malaysia, kehebatan Selangor memang tidak boleh dinafikan. Dengan beberapa musim yang kurang memberangsangkan, namun mereka masih mampu memperolehi kejuaraan ke-33 pada tahun 2015. Sepertinya mereka dipersiapkan untuk menghadapi Piala Malaysia sahaja.

Berbeza dengan pasukan yang lain boleh dikatakan sangat kerdil berbanding Selangor. Terengganu hanya menang sekali pada tahun 2001. JDT dan Sarawak pula hanya berjaya ke pentas perlawanan akhir sekali sahaja dan itupun mengalami kekalahan.

3- Pertemuan semula Amri Yahyah dan bekas pemain yang lain

Semasa jendela perpindahan kedua, Amri Yahyah sudah disahkan menjadi pemain Selangor semula. Ketika di Melaka United, terdapat ‘gentlemen agreement’ antara Melaka United dan JDT yang tidak membolehkan Amri Yahyah bertemu dengan JDT musim ini.

Namum, tiada info terbaru mengenai perjanjian ini dan apabila Amri Yahyah berpindah ke Selangor, adakah perjanjian ini terbatal? Adakah Selangor sudi membayar keseluruhan Gaji Amri Yahyah ataupun Amri Yahyah sanggup menerima pemotongan gaji?

Bagi kami, inilah masanya untuk Amri Yahyah menentang JDT di stadium Larkin dan Hazwan, Nazmi dan Azrif menentang Selangor di Stadium Shah Alam Selayang. Satu pertarungan yang sangat menarik untuk disaksikan. Pastinya akan ada LIVE ni.

4- Pengalaman dalam Liga Super

Keempat-empat pasukan mempunyai pengalaman bermain di liga tertinggi Malaysia iaitu Liga Super. Walaupun Terengganu baru turun ke Liga Perdana, mereka masih mempunyai pasukan yang mantap dengan dijaga oleh jurulatih yang berkaliber.

5- Medan pemain muda dan Ghaddar membuktikan kemampuan masing-masing

Ghaddar JDT 2017

Sejak 2 tahun yang lepas, JDT hanya meletakan sasaran suku akhir sahaja dan menggunakan pemain muda. Disebabkan ini juga JDT terkandas pada peringkat kumpulan pada musim lepas. Walaupun sasaran persatuan rendah, diharap semua pemain dapat bermain bersungguh-sungguh.

Untuk pemain import baru kita Mohammed Ghaddar, dia masih belum boleh didaftarkan dalam kejohanan Piala AFC. JDT perlu lepas Zonal Final baru Ghaddar dapat didaftarkan. Perlawanan Piala Malaysia akan bermula pada bulan Julai dan berlangsung bersama dengan pusingan kedua Liga Super.

Dengan menentang pasukan yang kuat dalam peringkat kumpalan, pemain muda kita dan juga Ghaddar dapat membuktikan kehadiran mereka dalam skuad JDT masih lagi releven. Cumanya, terdapat juga kemungkinan Ghaddar direhatkan dalam perlawanan Piala Malaysia dan itu merupakan langkah yang merugikan.

Sila buktikan anda semua bermain demi lencana didada dan masih layak berada dalam skuad JDT untuk musim seterusnya.

Penutup

Kami di semuanyaJDT.com masih mengharapkan JDT dapat mengulangi prestasi tahun 2014 dengan layak ke pentas akhir. Sebagai penyokong JDT, adakah anda ingin melihat JDT menjulang Piala yang bersejarah ini? Atau anda masih menganggap ia masih piala picisan? Tepuklah dada tanya ego masing-masing.

Baca juga: Analisa: Apa Yang Boleh Terjadi Jika Hanya JDT Menyertai Piala AFC 2016?

Apa pandangan anda dengan artikel ini? Komen di bawah: