Rekod Jdt

Rekod JDT ketika berkunjung ke Stadium Sultan Muhammad IV

Bermain dan mencari kemenangan di Stadium Sultan Muhammad IV merupakah satu tugas yang amat sukar. Suasana stadium yang dipenuhi penyokong fanatik Kelantan selalunya memberikan pemangkin kepada pemain Kelantan untuk bermain dengan lebih cemerlang. Disinilah juga, JDT mengalami kekalahan terbesar sejak penjenamaan semula. Dalam artikel ini, kami menghimpunkan rekod JDT ketika berkunjung ke Stadium Sultan Muhammad IV.

Rekod JDT: Pertemuan dalam Liga

JDT memperolehi 1 kemenangan, 1 kekalahan dan 2 seri dalam keseluruhan 4 kali pertemuan sejak 2013.

2016: Kelantan 2-2 JDT – Seri

2015: Kelantan 4-1 JDT – Kalah

2014: kelantan 1-2 JDT – Menang

2013: Kelantan 1-1 JDT – Seri

Mengikut ‘trend’ keputusan diatas, adakah JDT akan menang untuk tahun 2017?

[AdSense-B]

Rekod JDT: Pertemuan dalam semua kejohanan

JDT mempunyai rekod yang seimbang ketika berkunjung ke Stadium Sultan Muhammad IV. JDT mencatatkan 2 kemenangan, 2 kekalahan dan 2 seri. Kemenangan terbesar dengan keputusan 0-3 dan kekalahan terbesar dengan keputusan 6-1.

rekod jdt kelantan 6-1 jdt

Liga Super 2016 Kelantan FA 2-2 Johor DT Seri
Liga Super 2015 Kelantan FA 4-1 Johor DT Kalah
Piala Malaysia 2014 Kelantan FA 0-3 Johor DT Menang
Liga Super 2014 Kelantan FA 1-2 Johor DT Menang
Piala Malaysia 2013 Kelantan FA 6-1 Johor DT Kalah
Liga Super 2013 Kelantan FA 1-1 Johor DT Seri

Senarai penjaring

rekod jdt lucero

JDT berjaya merobek pintu gol Kelantan sebanyak 10 kali melalui 9 orang pemain dengan Lucero menjari penjaring terbanyak di Stadium Sultan Muhammad IV.

1- Juan Martin Lucero: 2 gol

2- Mahali Jasuli: 1 gol

3- Jorge Pereyra Diaz: 1 gol

4- Jasazrin Jamaluddin: 1 gol

[AdSense-B]

5- Luciano Figueroa: 1 gol

6- Amri Yahya: 1 gol

7- Fazly Mazlan : 1 gol

8- Safee Sali: 1 gol

9- Dani Guiza: 1 gol

Gol pertama bersama JDT

rekod jdt fazly mazlan

Di stadium ini, Fazly Mazlan dan Dani Guiza menjaringkan gol pertama mereka bersama JDT.

Pecahan gol

Separuh masa pertama: 4 gol

Separuh masa kedua: 6 gol

[AdSense-B]

Gol terbaik

Kami memilih tiga gol yang bagi kami sangat cantik. Ketiga-tiga tersebut terhasil dari sepakan percuma jarak jauh dari Nunez, Guiza dan Jasazrin. Anda boleh tonton gol-gol tersebut dari video dibawah ini:

Baca juga: Previu: JDT perlu konsisten, Kelantan mendapat tonik

 

Apa pandangan anda dengan artikel ini? Komen di bawah: