1

Gadis Kongsi Resepi Rahsia Tom Yam Ala Thai Milik Arwah Neneknya Yang Super Sedap

Pasti ramai diantara kita gemar makan tomyam Thai bila keluar makan bersama keluarga atau rakan-rakan bukan. Biasanya tomyam Thai ini akan dimakan bersama nasi putih berserta telur dadar semasa panas-panas lagi. Dengan hirupan kuah yang masam manis, sememangnya amat menyegarkan.

Kebanyakan tomyam Thai yang dimasak di kedai akan dimasak oleh tukang masak dari Thailand. Rasanya amat berbeza dengan cara yang selalu kita guna.

Namun kali ini, Miya Aira telah berkongsi di laman Facebook Masak Apa Hari Ni.. (MAHN)mengenai resepi cara memasak tomyam Thai resepi arwah tok milik keluarga mereka. Rata-rata yang sudah mencuba resepi ini memberi maklum balas ia sememangnya sedap.

Lepas ini boleh la masak tomyam Thai hari-hari dekat rumah. Tak payah keluar pergi kedai lagi dah.

BAHAN -BAHAN

  • Ayam (potong kecil-kecil, baru sedap. (Lupa nak tangkap gambar)
    Nak tambah seafood mcm udang dan sotong lagi SEDAP.
  • Sebiji bawang besar (hiris) nak lagi sedap guna bawang holland
  • 4 ulas bawang putih (ketuk)
  • 2 batang Serai (ketuk dan hiris menyerong)
  • 6 helai daun limau purut (buang urat tengah untuk elakkan pahit,petua saya)
  • Lengkuas (hiris)
  • Cili padi (ketuk)
  • Akar ketumbar
  • Sayur (bunga kobis, putik jagung, carrot, tomato, cendawan) Cik miya cuma letak bunga kobis dan Putik jagung je tak ada stock..

Nota: Nak tahu tak dekat mana rahsia sedap tomyam Thai ialah dekat akar ketumbar dan lengkuas. Ini salah satu petua sedapkan tomyam tau.

Bahan B:

  • Pes tomyam botol kecik je tau (seriuss pes ni super2 sedap! kena try) (kalau takdak brand lain pun boleh je tapi kureng sikit la rasa dia)
  • Pes cili thai (kat aeon ,tesco,tf ada juai)
  • Susu cair sejat
  • Daun ketumbar (hiris)

Nota: Akhir sekali semua di atas adalah bahan rahsia sedapkan tomyam. Itu daun ketumbar ye jangan tertukar dengan daun sup pula.

Cara memasaknya Tomyam Thai resepi arwah tok:

  • Masukkan 2 liter air atau lebih sedikit.
  • Masukkan akar ketumbar. Cuci bersih-bersih dulu ye. Sebab apa masukkan akar dia? Ini la rahsia sebenar kesedapan tomyam.
  • Bila air mendidih. Masukkan ayam terlebih dahulu, hingga ayam bertukar warna putih.sedap. Ini cara saya. Cuba ya.

Masukkan semua bahan hiris dan,bahan ketuk tadi.

  • Kacau sebati
  • Masukkan satu botol pes tomyam tadi. Saya guna yang botol kecil je halus je botol dia, kalau guna yang botol besar anggaran dalam 5-6 sudu besar tau.
  • Masukkan 4 sudu kecil pes chili thai
  • Kacau sebati masa ni boleh masukkan garam, dan serbuk perasa secukup rasa.

  • Masukkan sayur.

Bila dah mendidih, masukkan sedikit susu cair sejat. Jangan banyak dalam 4 sudu besar, kacau sehingga sebati. Terus tutup api ya. Akhir sekali tabur daun ketumbar ya. Tak perlu perah asam limau. Pes ini dah secukup rasa masam dia.

Nota: Ini rahsia penyedap tomyam juga, Kalau tak kena dengan tekak jangan buh..terpulang pada anda.

Sedia dihidang bersama telur dadar dan nasi putih.

Selamat Mencuba!

Sumber – Masak Apa Hari Ni.. (MAHN)

Apa pandangan anda dengan artikel ini? Komen di bawah: