Adakah Teori Thanabalan Ke JDT Akan Menjadi Kenyataan? Kami Berikan Sedikit Gambaran
Pertama, tidak dinafikan JDT adalah pasukan terbaik di Malaysia terutamanya melibatkan wang dan fasaliti mahupun kaedah latihan. Juga mempunyai organisasi paling lengkap dan staff yang mempunyai tugasan kerja yang jelas. Tidak hairanlah untuk mana-mana pemain mahu merasai pengalaman tersebut.
JDT sudah mempunyai saiz skuad yang besar
Tetapi JDT juga akan mengalami masalah berkaitan saiz skuad. JDT tidak mampu menyerap lebih 30 pemain terbaik dalam 2 skuad. Pemain bakal hilang minit yang drastik kerana hukum semulajadi bola sepak hanya mempunyai 7 pemain kunci dalam 1 skuad.
[AdSense-B]Berbalik kepada teori Thanabalan ke JDT. Umum mengetahui pada musim ini JDT terpaksa mengeluarkan begitu ramai pemain untuk laluan kepada kemasukan baru. Untuk bahagian serangan sahaja ia melibatkan lebih 5 pemain bernama besar yang diramalkan bakal menurun atau tidak meningkat lagi.
Untuk penyerang tengah, Safee Sali perlu dikeluarkan untuk memberi ruang kepada Hazwan Bakri untuk berada dibelakang penyerang import. Buat masa sekarang adalah Ghaddar. Dua penyerang yang bernilai lebih RM2 juta tidak termasuk bil gaji.
Amri juga terpaksa dikeluarkan di posisi penyerang sisi untuk memberi laluan kepada Safawi Rashid untuk berada di belakang Cabrerra. Belum termasuk perancangan untuk Gopinathan. Fandi Othman dan Azinee Taib dipinjamkan kepada Melaka, mungkin sistem 4-3-3 tidak sesuai jika pemain ini tidak mampu bermain sebagai penyerang sisi.
Nazrin Nawi juga dijual kerana pemain ini bukan penyerang sisi tulen. Zaquan Razak tidak terkecuali kerana posisi itu sudah mempunyai Azzamuddin Akil dan pelan untuk Darren Lok untuk berada dibelakang Guerra. Jasazrin pula untuk beri laluan kepada Nazmi, Junior dan mungkin Irfan.
Syahrul Azwari, Rozaimi Rahman, Syazwan Andik sudah semestinya juga mahu peluang di posisi penyerang tengah dan sisi skuad utama JDT. Mahali Jasuli mungkin diturunkan dalam pelan posisi S.Kunanlan kerana posisi atas sudah terlalu padat.
Berapa peratuskah peluang untuk Thanabalan mendapat tempat?
JDT sudah padat kecuali ada pemain yang dikeluarkan. Tetapi dari satu sudut positif, kesan sampingan yang baik untuk pasukan pesaing adalah kontrak bakal berevolusi. Ataupun ada pemain mula memasang cita-cita mahu bermain di luar malaysia seperti Adam Nor Azlin.
[AdSense-B]Jika Negeri Sembilan berjaya ke Liga Super 2018, Thanabalan mungkin kembali bersama-sama Ghani untuk berada di pilihan kedua di belakang nama pemain import.
Apakah pandangan anda penyokong JDT?
Baca juga: Senarai Nilai Pasaran Pemain Malaysia B23 Termasuk Safawi Dan Haziq