Hariss Harun Jdt

Apa kabar Diaz, Lucero dan juga Hariss Harun?

Diaz dan Lucero telah dijual ke kelab Mexico sebelum bermulanya Liga Malaysia musim ini. Manakala Hariss Harun telah dikaitkan dengan perpindahan ke kelab Sepanyol dalam bentuk pinjaman. Tetapi, akhirnya dipinjamkan ke Home United dari Singapura. Setelah hampir tiga bulan liga bermula, apakah perkembangan terkini ketiga-tiga pemain ini?

Juan Martin Lucero

juan martin lucero tijuana

Lucero telah dijual kepada kelab Tijuana yang berpengkalan di Baja California, Mexico. Setakat artikel ini ditulis, Lucero telah melakukan 14 penampilan untuk pasukan barunya itu dengan 6 penampilan bermula dari kesebelasan utama. Lucero berjaya mengumpul 576 minit permainan.

[AdSense-B]

Lucero juga berjaya mencetak 3 gol dalam 14 penampilannya. Lucero memperolehi 7 kemenangan, 4 kekalahan dan 3 seri. Gol pertamanya diperolehi pada penampilan ke-7.

Jorge Pereyra Diaz

jorge pereyra diaz leon

Diaz dibeli oleh club Leon juga dari Mexico. Tidak seperti Lucero, Diaz dibeli lebih lambat dan liga di Mexico sudah bermula. Diaz terlepas pertembungan antara kelabnya dan kelab Lucero. Diaz sudah melakukan 5 penampilan untuk pasukan barunya dan mengumpul 289 minit perlawanan.

Diaz berada dalam kesebelasan utama sebanyak 4 kali. Dia memperolehi 2 kemenangan, 2 kekalahan dan 1 seri. Malang untuk Diaz apabila menerima kad merah pada perlawanan keempatnya walaupun permainan baru 20 minit bermula.

Hariss Harun

[AdSense-B]

hariss harun home united

Hariss tidak berjaya dipinjamkan ke kelab Sepanyol iaitu CE L’Hospitalet dan beralih arah ke Home United dari Singapura. Hariss Harun baru sahaja melakukan penampilan pertama bersama Home United pada hari Sabtu yang lepas.

Kehadiran Hariss tidak mampu memberikan kemenangan kepada pasukannya walaupun sudah mendahului dengan kedudukan 2-0. Keputusan penuh Home United 2 Albirex Niigata 2 yang merupakan juara bertahan Liga Singapura.

Baca juga: Piala AFC 2017: JDT bawa 17 pemain ke Filipina

Apa pandangan anda dengan artikel ini? Komen di bawah: