Taktikal Morais

Bagaimana UM boleh merubah taktikal JDT?

Lagi beberapa hari menjelang bermulanya saingan Liga Malaysia. Malah banyak pasukan mula memperkuatkan pasukan masing-masing dengan beberapa pemain import dan juga perpindahan pemain tempatan. Beberapa pasukan juga dilihat merehatkan jurulatih dan melantik jurulatih yang baru bagi mempelbagaikan taktikal dan formasi yang baru.

Dalam pengurusan JDT, hal ini tidak terkecuali berlaku. Ini kerana perubahan yang dilakukan termasuklah kemasukan pemain baru seperti Ghaddar, Natxo Insa dan lantikan pengurus baru, Ulisses Morais yang bakal merubah wajah JDT dalam baki saingan nanti.

Akan tetapi, dengan pemain yang sedia ada bolehkah Morais membentuk pasukan yang mantap ataupun membentuk pasukan berdasarkan squad depth dan pemain baru yang sedia ada? Kali ini, penulis cuba merungkai beberapa sistem yang boleh diterapkan dalam pasukan JDT berdasarkan kemasukan pemain baru, track record yang sedia ada, dan juga berdasarkan pemerhatian penulis sepanjang perlawanan-perlawanan yang lepas.

Dalam kajian penulis, dua sistem yang amat fit dengan skuad JDT sekarang, sistem poacher dan sistem target-man. Malah skuad JDT ada pemain yang cukup untuk membuat dua pasukan dengan dua sistem ini.

Sistem Target-Man

4-2-3-1 menyerang

Dalam sistem ini, penulis meletakkan Ghaddar sebagai “lone ranger” didepan. Tetapi mengapa? Ghaddar sudah berusia 33 tahun dan sudah mencapai puncak kariernya. Jadi, dalam formasi ini, “Ghaddar rule’s” amat diperlukan dalam sistem ini. Malah, sistem ini akan lebih kuat jika disokong Safiq sebagai AMF atau “second striker” yang bertindak sebagai modern no.10 dibelakang Ghaddar.

Dalam sistem ini, pergerakan dari flank kanan dan kiri sangat diperlukan bagi menyokong bahagian tengah. Oleh itu pemain seperti Alex dan Gopi amat diperlukan kerana kelincahan menggerakkan flank amat diperlukan, lagi-lagi ketika gameplay menjadi lebih tinggi dari segi intensiti. Dari segi pertahanan, Fazly Mazlan boleh kembali kepada karakter lama beliau sebagai pertahanan kiri yang aggresif. Unit pertahanan juga boleh menjadi lebih kompak dan kuat.

4-4-1-1 Bertahan

Dalam transisi menyerang ke bertahan, Morais boleh menggunakan pendekatan 4-4-1-1 ketika bertahan. Kenapa? Tiada banyak perubahan dan formasi ini hanya memerlukan dua flank untuk turun ke bawah untuk membentuk formasi bertahan yang lebih ampuh.
Secara amnya, sistem ini tidak memerlukan transisi yang amat kompleks, namun kebarangkalian terperangkap dalam taktikal lawan adalah tinggi namun jika pemain mampu settledown dalam taktikal, penulis pasti sistem ini mampu diterapkan.

Sistem Poacher

4-1-2-3 menyerang

Dalam taktikal ini, penulis lebih gemar meletakkan Gabi sebagai pure no.9 dan Hazwan di bahagian kanan dan Cabrerra bahagian kiri. Penyerang bertiga ni kita boleh lihat impaknya ketika permulaan liga. Gabi dengan gelecekannya dan tugasnya untuk lebih roaming di zon 14. Cabrerra dan Hazwan perlu lebih kerap menggunakan halfspace bagi meningkatkan keefektifan sistem penyerang bertiga.

Dalam aspek bahagian tengah, memandangkan ruang yang memerlukan covering yang tinggi sangat luas dan dua CMF tidak cukup untuk berbuat demikian. Oleh itu, formasi ini memerlukan LB dan RB yang lebih aktif untuk menggerakkan flank bahagian kanan dan kiri. Memandangkan ia merupakan formasi yang lebih kepada total football dan posession play, ia memerlukan kadar fitness yang tinggi dan kerajinan semua pemain.

2-3-5 bertahan

Pemilihan formasi ini berdasarkan masalah pertahanan yang sering berlaku dalam gameplay JDT ketika menggunakan pendekatan 4-3-3 menyerang. Sistem pertahanan tidak cepat membentuk unit defensif yang kuat. The catenaccio method ini lebih penulis sarankan bagi meletakkan 5 pemain di pertahanan. Pendekatan sebegini lebih ultra defensif dan memerlukan komitmen pivot untuk turun naik membantu pertahanan.

Sistem poacher sangat kompleks untuk dibentuk dan memerlukan kerajinan pemain untuk lebih membuat covering ruang. Akan tetapi, pendekatan sebegini mampu mengelirukan pihak lawan kerana pemain akan lebih roaming dan ini membuatkan marking man to man kurang efektif.

Kesimpulan

Apa yang cuba penulis sampaikan adalah, formasi JDT yang boleh dibentuk berdasarkan squad depth yang dimiliki memandangkan pemain JDT antara yang mempunyai pengalaman sama ada di luar mahupun di dalam negara. Morais juga boleh melakukan rotation yang betul dan tidak mengulangi perkara yang sama ketika kehadiran Mora.

Apa pandangan anda dengan artikel ini? Komen di bawah: