Kulit Berseri

Guna Bahan Dapur Je, Jadikan Masker Muka. Boleh Buat Kulit Anda Berseri-Seri Dalam Sehari

Siapa tak menginginkan kulit yang cantik, bersih dan berseri-seri dalam masa yang sama kan? Kata orang, kalau mahukan tiga kategori ini ada pada kulit wajah kita, kenalah pandai ‘berpantang’ kan? Namun, dalam penat-penat kita asyik ke spa dan membeli produk kecantikkan tu, rupanya ada cara untuk dapatkan wajah cantik dengan menggunakan bahan di dapur saja! Macam mana? Inilah caranya.

PERKONGSIAN TIPS NAK DAPATKAN WAJAH BERSERI-SERI!

Sempena birthday saya yang ke 33 tahun hari ni nak share 1 lagi resepi untuk anda semua. Memang saya selalu post dan bagi resepi. Nak sedekahkan harta tak banyak sebab suri rumah jadi sedekahkan ilmu untuk kawan-kawan, harap memperoleh keberkatan dan dapat membantu kawan-kawan di luar sana.

Hanya guna 2 bahan dapur di rumah boleh membuat wajah anda bersih dalam keadaan sihat. Manfaat masker beras:

  • anti penuaan
  • mengurangkan kulit berminyak
  • membuang sel-sel mati
  • menganjalkan kulit
  • mencerahkan kulit

Masker beras ni adalah produk natural jadi akan makan masa untuk merperolehi kulit yangg sihat. Bergantung pada kulit masing-masing. Macam saya hampir 5 bulan juga untuk mendapatkan kulit yang bersih. Dulu saya mempunyai masalah kulit yang sangat teruk. Tak boleh pakai produk-produk luar habis naik jerawat nanah yang besar. Nak cover dengan make up pun tak cantik sebab berkerutu. Siap ada yang cakap muka berkerutu lagi. Selepas amalkan masker, alhamdulillah kulit dah semakin sihat. Apply make up simple2 n pakai bedak baby ja. Di sini saya sertakan bahan-bahan dan cara buat.

Bahan-bahan

  • Susu full cream
  • Beras pulut ( tak perlu basuh )

Cara Membuatnya

  • Ambil beras pulut kemudian blander sehingga halus.
  • Dah halus ambil dalam 2 sudu makan masuk dalam bekas dadih dan tuang sedikit susu full cream.
  • Jangan cair sangat dan jangan pekat sangat.
  • Kemudian simpan semalamam dalam peti sejuk
  • Boleh tahan sehingga seminggu

Cara Penggunaan

  • Apply di muka 2 hari sekali..nak cantik kena rajin
  • Sapu perlahan-perlahans pada wajah dan biar sehingga kering. Time ni kulit muka akan tegang sangat.
  • Kemudian boleh bilas dengan air dan lap dengan tuala bersih. Kalau boleh khas untuk muka sahaja.
  • Bagi mendapatkan kulit muka lebih cantik haruslah pakai apa-apa moisturizer. Macam saya pakai bee
  • venom saja.

*Ok jom kita cuba lah nanti jadi cantik berseri-seri tak betul tak?

Sumber: Arieza Rieza

Apa pandangan anda dengan artikel ini? Komen di bawah: