Cara Buat Sambal Kicap Pedas, Harum Dan Lemak Manis
Resepi kali ni ringkas je, iaitu cara buat sambal kicap yang popular di Johor tu. Kan orang kata, orang Johor kalau makan apa pun semua pakai sambal kicap! Haha.. dah itu yang buat gorengan jadi sedap, nak buat macam mana. Itulah namanya kreativiti dalam makanan.
Cara Buat Sambal Kicap Yang Sedap Harum
Bahan-bahan:
1 cawan kicap manis Jalen
1 sudu besar jus sunquick
40 biji cili padi
1 sudu besar bawang goreng
2 ulas bawang putih
Sedikit garam dan serbuk perisa
Gula, jika kurang manis
Cara membuatnya;
1. Semua bahan di atas dimasukkan ke dalam blender dan kisar hingga lumat.
2. Siap untuk dimakan dengan tauhu goreng, pisang goreng atau tempe goreng.
Selamat mencuba ya.
Nota:
1. Masukkan 5 tangkai batang cili padi dan kisar sekali supaya rasa pedas tak la pijar di lidah. (ini petua orang tua-tua..)
Apa pandangan anda dengan artikel ini? Komen di bawah: