Cara Mudah Nak Cerahkan Kulit & Kecilkan Pori, Hanya Guna Masker Campuran 2 Bahan Ni
Selain penjagaan mencuci wajah dengan tiga langkah (pembersih, penyegar dan pelembap) pemakaian masker juga penting untuk membuat rawatan kecantikan sendiri di rumah. Tidak payah mengeluarkan belanja besar untuk membeli masker kerana anda boleh lakukannya sendiri di rumah. Perkongsian dari Puan Nor Noriah di laman sosial facebook ini juga memberikan cara bagaimana mahu membuat masker sendiri dari tomato dan juga tepung beras.
Masker ini sangat bagus untuk mengecilkan liang pori wajah, menghaluskan kulit dan mencerahkan kulit wajah. Ayuh kita lihat bahan-bahan dan cara membuatnya:
Sedikit tepung beras dalam 2/3 sudu besar, anggaran supaya bancuhan menjadi pes.*boleh pelbagaikan variasi masker tepung beras samada campurkan dengan madu, yogurt, limau nipis dlln. Kebaikan tepung beras pada kulit.
- Menyerap minyak yang berlebihan pada muka.
- Bagus untuk jenis kulit kering kerana tepung beras dapat memberikan kelembapan pada kulit wajah.
- Mencerahkan dan menghaluskan kulit wajah.
- Membuang kulit mati/memudarkan bintik hitam.
Tomato dipotong halus @ diblend bersama sedikit air untuk dijadikan pes.
Pes tomato + tepung beras tadi boleh di buat Masker @ di bekukan untuk dijadikan cube ais dan di sapu pada muka juga. bagus untuk kecilkan liang pori wajah, menghaluskan kulit dan mencerahkan kulit wajah.
Antara kebaikan tomato pada wanita ialah:
1. Menghilangkan lingkaran gelap di bawah mata (mata panda/eyebag)
Hiris tomato secara nipis, kemudian celup ke dalam yogurt asli. Lekapkan pada bahagian mata. Cara ini membantu mengurangkan kesan gelap dan membuatkan kulit tampak segar dan semakin cerah. Amalkan petua ini seminggu dua kali.
2. Kecutkan jerawat.
Lenyek atau kisar tomato sehingga hancur, jangan campurkan dengan air. Kemudian sapukan pada wajah. Biar ia kering, bilas dengan air suam. Tomato dapat menyejukkan kulit dan menyerap lebihan minyak pada wajah. Jerawat akan beransur kecut dan hilang secara perlahan-lahan tanpa meninggalkan parut.
3. Jeragat jadi pudar.
Potong buah ini kepada dua bahagian, kemudian gosokkan secara perlahan-lahan pada bahagian yang mempunyai pigmentasi. Lakukan setiap hari, pigmentasi akan semakin pudar dan kulit semakin cerah.
4. Kecilkan liang Pori wajah.
Bagi membantu wanita mengecilkan pori kulit, campurkan air perahan tomato dengan putih telur. Jadikan masker, sapukan pada wajah. Biarkan sehingga kering, bilas wajah dengan air perahan lemon diikuti dengan air suam.
5. Kulit wajah lebih lembap.
Campurkan air perahan tomato dengan yogurt asli. Sapu pada seluruh wajah dan leher, biarkan kering kemudian bilas dengan air suam. Kulit jelas kelihatan semakin lembap dan berseri.
6. Tona kulit sekata.
Campurkan jus tomato bersama madu asli, kombinasi ramuan ini dikatakan sangat efektif untuk mengatasi masalah tona kulit tidak sekata. Jadikan sebagai masker, biarkan kering pada wajah. Kemudian bilas dengan air suam yang dicampurkan dengan perahan limau nipis. Amalkan seminggu tiga kali, kulit akan menjadi cerah sekata.
7. Rambut lebih sihat.
Caranya mudah, lumur rambut dengan jus tomato, balut dengan tuala selama 15-20 minit. Kemudian bilas dengan air bersih. Ini membuatkan rambut sihat dan bersinar.