Resepi Sup Thai Viral Terpaling Sedap & Kick

Dapat 163K Shares Di Facebook, Ini Resepi Sup Thai Viral Terpaling Sedap & Kick!

Bosanlah asyik makan sup ayam biasa kan? Apa kata cuba resepi sup thai viral seperti perkongsian Hajal Aishah Zakirai di bawah ini.

Walaupun hanya menggunakan beberapa bahan sahaja tetapi rasanya memang padu dan sama macam di kedai siam. Selamat mencuba.

RESEPI SUP THAI VIRAL INI DAPAT 163K SHARES, WOW!

Bahan-bahan:

  • Bawang besar
  • Daun limau purut
  • Serai
  • Bawang putih
  • Halia
  • Sup bunjut
  • Sos ikan
  • Sayur pilihan
  • Jus limau nipis
  • Daun ketumbar
  • Garam dan gula secukupnya

Cara penyediaan:

1. Panaskan minyak dan tumis bawang putih dan halia yang sudah ditumbuk.

2. Kemudian masukkan bawang besar, serai, daun limau purut dan sup bunjut. Tumis sehingga layu dan wangi.

3. Dah wangi bahan tumis tadi, masukkan air biarkan sehingga mendidih.

4. Masukkan ayam atau daging yang sudah dihiris nipis dan cuci bersih. Biarkan masak sehingga empuk.

5. Masukkan sayur, tomato, sedikit sos ikan dan jus limau nipis secukupnya.

6. Masukkan garam, gula dan seckup rasa. Biarkan reneh sekejap dan sedia untuk dihidangkan. Jangan lupa tabur daun ketumbar.

RESEPI SUP THAI VIRAL

Makan dengan sambal belacan, timun jepun dan telur dadar memang sedap.

Mudah sahaja kan? Jangan lupa cuba ya.

Sumber: Facebook Hajal Aishah Zakirai

Apa pandangan anda dengan artikel ini? Komen di bawah: