Farizal Boleh Digantung Dalam Liga Malaysia dan Piala AFC
Karier Farizal Marlias berada dalam bahaya apabila Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) bakal mengenakan hukuman berat susulan tindakannya mempersoal dan menolak pengadil ketika separuh akhir kedua ketika menentang Ceres Negros FC pada saingan Piala AFC Zon Asia Tenggara, kelmarin.
Menurut Setiausaha Agung AFC Datuk Winsdor Paul, pihaknya masih menunggu laporan rasmi pegawai perlawanan yang kemudiannya akan dipanjangkan ke JawatanKuasa Tatatertib badan induk itu bagi tindakan selanjutnya.
“Saya enggan ulas lanjut, sebaliknya kita tunggu laporan sebab sebarang keputusan yang diambil JawatanKuasa Tatatertib berdasarkan fakta dan butiran terkandung dalam laporab itu,” katanya, semalam.
Begitupun, menurut bekas pengadil FIFA yang enggan namanya didedahkan , tindakan keterlaluan Farizal itu boleh menyebabkannya digantung beberapa bulan atau didenda dengan jumlah tinggi.
Malah katanya, pergantungan bukan sahaja membabitkan larangan beraksi bagi saingan Piala AFC musim depan . Tetapi dia juga boleh dihalang bermain dalam Liga Malaysia ( Liga M ) kerana kedudukan Persatuan Bola Sepak Malaysia ( FAM ) yang bernaung dibawah AFC.
Berdasarkan Kod 12 peraturan FIFA jelas tindakan Farizal itu diertikan sebagai ‘Violent Conduct’ atau kelakuan ganas yang boleh menyumbangkan kepada hukuman berat.
“Malah terdapat tiga atau empat kesalahan dilakukannya . Pertama, dia membantah keputusan pengadil yang seterusnya mencetuskan kekecohan. Kedua , dia menolak pengadil yang dianggap sebagai kesalahan paling besar.
“Ketiga dan keempat , dia membantah di bangku simpanan dengan menyepak botol serta penolong pengadil keempat di tepi padang ketika melangkah keluar dari padang.
“Ini membabitkan soal imej dan kejadian itu pula disiarkan secara langsung. Sudah tentu tindakan Farizal akan menyebabkan dia boleh dikenakan hukuman berat yang biasanya dibawa ke JawatanKuasa Tatatertib AFC ,” katanya.
Segala-galanya bermula pada minit pertama masa kecederaan apabila pengadil dari China, Fu Ming menghadiahkan sepakan penalti buat Ceres Negros yang disempurnakan Fernando Rodriguez untuk meletakkan tuan rumah didepan.
Bagaimanapun , Farizal masih membantah dengan dia dilihat gagal mengawal kemarahan dan menolak pengadil dan penjaga garisan sehingga dibuang padang.
Dalam perlawanan di Filipina itu, Ceres menang 2-1 dengan Agregat 4-4 , tetapi mara ke Final mengikut peraturan gol di tempat lawan.
Baca juga: 5 Perkara Yang Kami Perhatikan Semasa Perlawanan JDT Dan Ceres Negros FC