Hadi Fayyadh Sumbang 2 Gol, Awang Faiz Hazziq Tidak Diturunkan
Malaysia memulakan langkah kanan dalam kejohanan Piala AFF U18 di Myanmar dengan memenangi perlawanan pertama petang ini dengan menewaskan Laos dengan keputusan Malaysia U18 4 Laos U18 1.
Pemain JDT II Hadi Fayyadh menyumbangkan 2 gol buat Malaysia pada minit ke-28 dan 90. Dua lagi gol dijaringkan oleh Akhyar Rashid pada minit ke-45 dan 60. Sementara itu, pemain dari JDT III iaitu Awang Faiz Hazziq tidak diturunkan pada perlawanan tersebut.
[AdSense-B]Malaysia akan bertemu dengan Singapura pada Rabu ini untuk perlawanan kedua peringkat kumpulan. Kami ucapkan selamat berjaya kepada Hadi Fayyadh, Awang Faiz Hazziq dan rakan-rakan dalam kejohanan ini.
Baca juga:Â VIDEO & LIRIK: Lagu Muafakat Johor
Apa pandangan anda dengan artikel ini? Komen di bawah: