Video Dan Lirik Lagu Muafakat Johor

VIDEO & LIRIK: Lagu Muafakat Johor

Lirik: Lagu Muafakat Johor

Muafakat Johor jadi sandaran
Beretika menjaga warisan
Cekal menghadapi
Cabaran di hadapan
Berhemah dan berkemajuan

[AdSense-B]

Raja dan rakyat berpisah tiada
Bangsa Johor tinggi setianya
Sanggup berkorban jiwa dan raga
Majulah Johor luaskan kuasa

Muafakat itu berkat
Muafakat itu sepakat
Muafakat itu berkat
Muafakat itu sepakat

Tegak bangsa kerana budi
Kami mendengar suara hati
Membina bangsa dan negeri
Muafakat Johor terus dirahmati

Gagasan Johor berkemajuan
Bersama rakyat kita jayakan
Tidak pernah tunduk pada cabaran
Perjuangan mesti diteruskan

[AdSense-B]

Muafakat itu berkat
Muafakat itu sepakat
Muafakat itu berkat
Muafakat itu sepakat

Johor tetap jadi Johor
Hidup bermuafakat
Negeri Berdaulat
Luaskan Kuasamu
Johor tetap jadi Johor
Negeri Berdaulat
Luaskan Kuasamu

Baca juga: Pengalaman Beraksi Di Perlawanan Akhir Piala AFF B16 Pada 2013 Menjadi Sandaran Haziq Nadzli

Apa pandangan anda dengan artikel ini? Komen di bawah: