Ini Caranya Tanpa Perfume Pun, Sebenarnya Kita Tetap Boleh Kekal Wangi Sepanjang Hari
Bagi sesetengah orang, memakai minyak wangi bagaikan satu kemestian baik ketika berada di rumah atau melangkah keluar dari rumah. Tidak dapat dinafikan minyak wangi mampu menambah keyakinan diri dan membuatkan orang sekeliling rasa selesa.
Paling penting ia mampu menghilangkan bau badan. Malah, berwangian-wangian, menjaga kebersihan diri merupakan salah satu sunnah nabi. Lebih-lebih lagi jika berwangi-wangian di rumah, bertujuan untuk keselesaan dan menyenangkan suami, pasti diberikan ganjaran pahala berlipat kali ganda.
Sebenarnya tanpa semburan minyak wangi pun, kita tetap boleh kekal wangi dan badan tidak berbau sepanjang hari. Ini caranya:
7 Tip Kekal Wangi Tanpa Minyak Wangi :
1. Guna Deodoran Atau Losyen Badan
Kandungan ANTIPERSPIRANT dalam deodoran dapat kurangkan peluh berlebihan kerana bau badan berpunca dari peluh berlebihan yang bercampur dengan bakteria. Ia menyebabkan badan berbau busuk dan tidak selesa. Selepas mandi pula jangan lupa sapukan losyen badan. Selain baunya wangi, ia boleh beri kelembapan pada kulit.
2. Minum Air Masak Secukupnya
Minum air mineral atau air masak sekurangnya 6-7 gelas sehari untuk dapatkan aliran darah yang lancar kerana ia dapat jaga kebersihan tubuh dan kekal bau badan biasa. Ia membuatkan badan cukup hidrasi, mulut tidak kering dan berbau.
3. Pilihan Jenis Makanan
Kurangkan makan makanan berlemak, berminyak, berempah dan bau yang kuat seperti bawang putih, petai kerana makanan ini hasilkan aroma kuat yang keluar melalui pori-pori kulit dan bercampur dengan peluh jadi bau yang kurang enak.
4. Guna Pewangi Pakaian
Sewaktu mencuci pakaian, gunakan pewangi atau pelembut pakaian sudah cukup untuk badan berbau wangi. Ada macam-macam jenis pewangi pakaian yang ada di pasaran, pilihlah yang menepati citarasa dan mampu memberikan rasa lebih tenang dan selesa bernafas.
5. Elak Punca Bau Busuk
Jauhi punca bau yang boleh melekat pada pakaian sebagai contoh asap rokok, asap bakar sampah, bau selepas masak. Sekali dah melekat susah nak hilang baunya. Terutama bahagian dalam rumah atau kereta. Jika selepas memasak, segeralah mandi dan bersihkan diri. Paling tidak pun, tukar baju yang lain.
6. Mandi Dua Kali Sehari
Ini sangat penting. Mandilah sekurang-kurangnya dua kali sehari iaitu pada waktu pagi dan malam sebelum tidur atau lebih kerap lebih bagus. Ini kerana kotoran dan peluh melekat pada badan dan boleh menyebabkan bau badan. Sebelum mandi boleh juga rendam kaki dengan air suam yang ditaburi garam untuk menghilangkan bau badan dan bau kaki.
7. Jenis Pakaian
Pemilihan jenis pakaian juga memainkan peranan penting sama ada mampu menyerap peluh atau tidak. Tambahan pula dengan keadaan cuaca yang tidak menentu, ia boleh menyebabkan badan mudah berpeluh kerana kepanasan dan lembap sekaligus akibatkan badan berbau. Pilihlah pakaian yang jenis serap peluh seperti kain kapas (cotton).
Jadi jika ikut tip yang dikongsikan ini, selepas ini bolehlah berjimat, tak perlu dah nak sembur minyak wangi lagi. Badan pun kekal berbau wangi sepanjang hari.
Semoga bermanfaat!