1

Ini Rahsia Hasilkan Goreng Celup Tepung Krup Krap & Sedap

Rasanya ramai di antara anda yang setiap kali ingin beli pisang gorang, cempedak goreng, keledek goreng atau apa saja jenis makanan goreng celup tepung mesti nak ‘ ‘Krup Krap’ sekali. Tetapi bukan senang nak dapatkan bancuhan goreng celup tepung yang rangup walaupun dah sejuk.

Dikongsikan oleh Achik Ita Jsd Kelantan, paling penting untuk hasilkan goreng celup tepung yang rangup ialah bahan-bahan kena pastikan betul. Kena gunakan terpung yang terbaik.

Di kedai ada banyak jenama tepung beras, tapi kalau boleh gunakan tepung beras cap 3 teratai (seperti gambar dibawah). Takut nanti kalau tak menjadi terus nak salahkan si pemberi resepi. Tepung ini terbaik untuk pisang, ikan, sotong dan udang. Lepas ni boleh la buat sendiri dirumah.

Bahan-bahan:

  • 500gram tepung beras (kurang pun tak apa)
  • 1 biji telur
  • 1 sudu kecil garam
  • 2-3 sudu besar gula
  • 1 sudu kecil serbuk kunyit
  • Secubit kapur makan

Cara membuatnya:

  1. Campur semua bahan dan bancuh dengan air biasa. Bancuhan tepung akan menjadi warna peach. Part ni ada yang kata guna ais, tapi silap percaturan nanti tak pasal-pasal adunan makin cair. Ingat, ais mencair bukan beku. Tak payah guna ais pun memang rangup sangat.
  2. Pastikan bancuhan jangan pekat sangat dan jangan cair sangat.
  3. Minyak wajib banyak, jangan kedekut. Api wajib api besar.
  4. Jangan selam lama bahan untuk celup tepung. Nanti adunan mudah pekat
  5. Jika terlebih kapur, akan berbuih banyak dalam kuali nanti. Jadi, tipsnya, perahkan sikit limau nipis atau limau kasturi. Alkali + asid = neutral balik.

Selamat mencuba!

Apa pandangan anda dengan artikel ini? Komen di bawah: