Kapten Izham Tarmizi

Izham Tarmizi Enggan Tertekan Hadapi Muangthong United

Penjaga gol Johor Darul Ta’zim (JDT), Izham Tarmizi Roslan enggan tertekan sebaliknya ingin fokus bagi memastikan gawangnya tidak dibolosi pada pertembungan menentang Muangthong United FC dalam aksi pusingan kedua kelayakan Liga Juara-Juara Asia (ACL) di Stadium Nasional Supachalasai, Bangkok, Thailand, Selasa ini.

Bagi Izham Tarmizi, keyakinan diri amat penting kerana ia akan memberi impak positif apabila mengawal gawang sekali gus mengelak daripada pihak lawan menjaringkan gol dan bertekad memberi persembahan terbaik pada perlawanan itu nanti.

[AdSense-B]

Katanya, semua pemain yang akan diturunkan memainkan peranan penting dan sewajarnya tidak boleh leka walaupun sesaat apabila berdepan skuad kendalian Totchtawan Sripan yang dibarisi pemain berkualiti itu nanti.

“Ia perlawanan sengit sebab Muangthong United FC bukanlah calang-calang pasukan dan mereka dibarisi pemain terbaik namun JDT juga memiliki reputasi tersendiri.

“Aksi persahabatan ketika pramusim di Thailand jelas beri kesan positif buat kami dan sepanjang tiga perlawanan yang diharungi nyata meningkatkan kualiti permainan dan saya optimis kita mampu menandingi kekuatan Muangthong United FC.

“Pasukan lawan melakukan beberapa rombakan pemain dan berbeza ketika kami menentang pasukan itu dua musim lalu. Penyerang mereka, Jakson Coelho cukup bagus dan kita kena awasi pemain itu,” katanya.

[AdSense-B]

Izham Tarmizi menambah, keberkesanan taktikal yang dibentuk ketua jurulatih, Ulisses Morais sepanjang latihan pramusim bakal dipraktikkan kerana mereka perlu menang.

Sumber: Berita Harian

Baca juga: Hazwan Bersedia Menentang Muangthong United, Corbin Ong Gagal Didaftarkan

Apa pandangan anda dengan artikel ini? Komen di bawah: