JDT boleh ke Piala ACL 2019 berdasarkan 4 perkara ini
Tahun ini JDT mengimpikan untuk ke Piala ACL namun impian itu gagal dilaksanakan setelah tewas di tangan Gamba Osaka. Ia adalah percubaan JDT yang ketiga untuk ke Piala ACL. Pada pandangan kami, tanpa slot automatik adalah mustahil untuk pasukan Malaysia berada di Piala ACL dan slot automatik terdekat adalah Piala ACL 2019.
Tahun ini adalah tahun penentu untuk pembahagian slot bagi Piala ACL 2019-2020. MA ranking untuk November 2017 akan dijadikan asas untuk pembahagian slot ini. Makanya, Malaysia mesti berada dalam top 6 zone timur pada bulan November ini berdasar no 2.3 dibawah ini.
Berdasarkan pengetahuan kami, JDT akan berada dalam Piala ACL 2019 berpandukan 4 perkara dibawah ini:
[AdSense-B]1- Perubahan pengiraan MA ranking
Baru-baru ini pihak AFC telah mengemaskini MA ranking dan struktur pengiraannya diubah tidak seperti tahun sebelumnya. Mereka telah mengikut apa yang telah diusulkan ketika perbincangan yang telah dibuat pada tahun lepas.
Apakah yang berubah? Sebelum ini MA ranking dikira mengikut 70% mata dari kelab dan 30% dari pasukan kebangsaan. Mulai tahun ini, MA ranking diubah mengikut 90% mata dari kelab dan 10% dari pasukan kebangsaan. Perubahan ini memberi kelebihan buat Malaysia kerana mata dari kelab merupakan penyumbang terbesar kepada MA ranking Malaysia.
Oleh itu kelab yang beraksi di Piala AFC tahun ini iaitu JDT dan Felda United perlu mengumpul mata sebanyak mungkin untuk MA ranking. Sebagai penyokong JDT, kami juga harap agar JDT dapat mara sampai ke peringkat akhir Piala AFC 2017.
2- TMJ berjaya menjadi presiden FAM
Walaupun skuad negara menyumbang hanya 10% daripada MA ranking Malaysia tetapi jika TMJ menjadi presiden pastinya baginda akan mencari jalan untuk memajukan bola sepak negara dan berusaha untuk menaikkan ranking FIFA negara.
[AdSense-B]Mata daripada ranking FIFA inilah yang akan dijadikan 10% untuk MA ranking malaysia. Semakin tinggi ranking bermakna semakin banyak mata untuk MA ranking. Jadi, adakah ranking FIFA ini tidak berguna? Tetapi, akan sampai masanya nanti ranking FIFA tidak berguna langsung untuk MA ranking. Yang ini kami terangkan dalam lain artikel.
3- Masih menjadi satu-satunya kelab yang mempunyai lesen AFC
Kami telah menulis artikel ini sebelum ini dan kami harap tidak ada pasukan lain yang berjaya memperolehi lesen tersebut. Sebenarnya kami tidak nampak ada mana-mana kelab atau pasukan yang berusaha kearah ini. Yang ada hanyalah Felda United tetapi permohonan mereka masih tergantung kerana isu stadium.
Tetapi jika ade kelab yang berjaya mendapatkan lesen tersebut, JDT hanya perlu menamatkan liga diatas kelab tersebut.
Baca juga: Selepas 2 Tahun, Hanya JDT Berstatus AFC Licensed Club di Malaysia
4- Mengharapkan kelab dari Hong Kong dan Thailand tidak mengumpul mata
Piala ACL menawarkan mata yang tinggi untuk MA ranking tetapi untuk memperolehi kemenangan walaupun dalam peringkat kumpulan adalah perkara yang sukar. Sebagai contoh, pada musim 2016 Thailand hanya mengumpul 1 mata sahaja untuk MA ranking hasil dari hanya satu seri.
Jadi harapan kami, kelab dari Thailand dan Hong Kong mungkin akan menghadapi nasib yang sama untuk musim ini.
[AdSense-B]Kesimpulan: Adakah JDT boleh ke piala ACL 2019?
Kami yakin JDT akan dapat bermain pada Piala ACL 2019 sekiranya semua perkara yang kami jelaskan dalam point 2, 3 dan 4 berlaku. Jika tidak kami akan sentiasa memantau MA ranking terkini untuk makluman penyokong JDT melalui site ini atau fanpage semuanyaJDT.com
Baca juga: Piala FA 2017: Felda United 0 JDT 2, laporan dan video highlights