Morais T-team

Masalah ‘Bahasa’ Morais Tak Jejas JDT

 

Prestasi cemerlang Johor Darul Ta’zim (JDT) membuktikan masalah kurang fasih berbahasa Inggeris yang dihadapi jurulatihnya, Ulisses Morais bukan penghalang untuk membawa kejayaan kepada skuad itu.

Morais yang mengambil alih tugas sebagai jurulatih JDT daripada Benjamin Mora sejak Jun lalu tampak berjaya membawa JDT dengan persembahan konsisten hingga hujung musim ini.

[AdSense-B]

Lebih manis, jurulatih kelahiran Portugal itu juga berjaya memacu JDT mempertahankan kejuaraan Liga Super bagi musim keempat berturut-turut selain mara ke final Piala Malaysia.

Sambil mengakui kelemahannya dalam berbahasa Inggeris, dia menghamburkan pujian kepada barisan pemain JDT yang dilihat memahami apa yang dimahukan.

morais dan gopi

“Maafkan saya dengan (tahap pertuturan) bahasa Inggeris saya, saya tidak dapat bercakap dengan baik, tapi pemain memahami (arahan) saya selain dibantu Rui Rodridgues (penolong jurulatih).

“Apapun, ia bukan masalah dan buktinya kami juara dalam Liga Super, dan sekarang ini layak ke final Piala Malaysia. Semua pemain sangat bagus dan mereka menjalankan tugas dengan baik,” katanya Morais.

[AdSense-B]

Selain bertindak sebagai penolong jurulatih, Rodridgues juga berperanan sebagai penterjemah kepada Morais setiap kali sidang media.

Selain menghadiahkan kejuaraan Liga Super keempat, Morais juga kini berpeluang menjadi jurulatih pertama menjuarai Piala Malaysia buat JDT sekiranya berjaya mengatasi Kedah pada final, 4 November ini.

Sumber: Berita Harian

Baca juga: Mario Gomez Berminat Untuk Kembali Melatih Pasukan Di Malaysia Musim Depan

Apa pandangan anda dengan artikel ini? Komen di bawah: