Piala Malaysia

Mengimbau Sejarah Johor di Perlawanan Akhir Piala Malaysia

Menjelang perlawanan akhir Piala Malaysia, penulis ingin membawakan beberapa fakta sejarah yang pernah membawa Johor ke perlawanan akhir.

Semenjak Piala Malaysia dipertandingkan pada tahun 1921 (dikenali sebagai Piala Malaya) pasukan dari negeri Johor telah melayakkan diri ke perlawanan akhir sebanyak 4 kali. Berikut adalah serba sedikit lipatan sejarah yang telah tercatit untuk di imbau bagi mendijadi semangat buat skuad Johor Darul Ta’zim yang bakal bertemu Kedah esok.

[AdSense-B]

Piala Malaysia 1985: Johor FA vs Kuala Lumpur

1985 merupakan tahun pertama pasukan Johor FA layak ke perlawanan akhir Piala Malaysia setelah 64 tahun ianya dipertandingkan. Walaupun kali pertama di pentas akhir, Johor dinobatkan sebagai juara setelah menundukkan Kuala Lumpur 2-0.

Muhidin Husin dan Fadzli Ahmad menjadi wira Johor apabila masing-masing menjaringkan 1 gol dalam perlawanan tersebut. Gol Muhidin Husin pada minit ke-36 menjadi titik permulaan kejayaan Johor pada malam tersebut sebelum Fadzli Ahmad menambah derita Kuala Lumpur.

Perlawanan tersebut juga menyaksikan Khalid Shahdan yang ketika itu merupakan permata baru pada usia 21 tahun dinobatkan sebagai pemain terbaik perlawanan dan menerima ganjaran RM 10,000. Nilai tersebut cukup besar buat Khalid ketika itu hasil persembahan cemerlang beliau.

Antara pemain-pemain Johor dalam perlawanan tersebut adalah Salleh Mohd Noor, Ismail Ibrahim, Azuan Zain, Kamaruddin Ahmad, Ahmad Marican, Khalid Shahdan, Dollah Salleh, Nasir Yusof, Fadzli Ahmad, Muhidin Hussin, Azmi Taib dan Kamarudin Ahmad.

Piala Malaysia 1986: Johor FA vs Selangor

Setelah bergelar juara pada tahun 1985, Johor sekali lagi layak ke perlawanan akhir pada tahun berikutnya selaku juara bertahan. Setelah berkedudukan tempat ke-5 dalam liga melayakkan Johor bertemu Terengganu di peringkat suku akhir yang berkesudahan dengan aggregat 3-2 buat Johor.

[AdSense-B]

Di peringkat separuh akhir Johor menundukkan pasukan Pahang dengan aggregat 3-1. Walaubagaimanapun langkah kejuaraan terhenti di perlawanan akhir apabila di belasah Selangor 1-6. Dollah Salleh menjadi penjaring tunggal buat Johor pada malam tersebut.

Piala Malaysia 1991: Johor FA vs Selangor

Skuad kendalian Michael Urukalo ketika itu berjaya menempah tiket ke perlawanan akhir Piala Malaysia untuk sekali lagi bertemu Selangor. Perlawanan yang dianggap ulangan perlawanan akhir 1986 ini memberikan keputusan berbeza apabila Johor menundukkan Skuad Merah Kuning 3-1.

Alistair Edward 2

Pemain import dari Croatia, Ervin Boban menjadi wira buat pasukan Johor setelah menjaringkan ‘hatrick’ pada perlawanan tersebut. Gandingan beliau bersama Alistair Edwards amat berbisa walaupun tanpa kehadiran penyerang sensasi dari Australia Abbas Saad.

Boban menggegar gawang Selangor pada minit ke-11 selepas menyambar hantaran Edwards tetapi Selangor menyamakan kedudukan menerusi sepakan leret Gani Ali lapan minit selepas rehat.

Dalam menyusun gerak ke kubu lawan, benteng Selangor terleka. Kesilapan Reman Ragunathan membuka ruang kepada Boban menambah jaringan pada minit ke-60 hasil umpanan lintang Sani Othman

Johor 1991

Boban mengukir namanya sebagai wira dengan menyambut baik sepakan percuma pasukannya di luar petak penalti untuk menewaskan bekas penjaga gol Czechoslovakia di Piala Dunia 1982, Karel Stromsik, pada minit ke-84.

Kesebelasan utama Johor ketika itu adalah Hassan Miskam, Sazali Nasir, Nasaruddin Atan, Roslan Hamid, Sani Osman, Aidel Mohd Noor, Khalid Shahdan (Fadli Ahmad), Nasir Yusof, Salehan Mohd Som (Annuar Abu Bakar), Alistair Edwards, Ervin Boban.

[AdSense-B]

Piala Malaysia 2014: Johor Darul Ta’zim vs Pahang

Semenjak revolusi bolasepak Johor yang dicetuskan Tunku Mahkota Johor (TMJ) dengan langkah menjenamakan semula dua pasukan Johor FA dan Johor FC dibawah satu pengurusan pada tahun 2013, ini kali pertama JDT melayakkan diri keperlawanan akhir.

Piala Malaysia 2014

Perlawanan akhir yang berlangsung di Stadium Bukit Jalil  menyaksikan skuad Harimau Selatan bertemu Tok Gajah. Perlawanan berlangsung cukup sengit sambil dimeriahkan dua ‘Ultras’ (Boys of Straits & Elephan Army) yang berbalas-balas sorakan.

Kejuaraan gagal ditentukan dalam 90 minit perlawanan dan terpaksa diheret ke penentuan sepakan penalti. 90 minit masa penuh perlawanan berakhir dengan keputusan 2-2 hasil jaringan Jorge Pereyra Diaz dan Luciano Figuroa untuk JDT manakala Dickson Nwakame menjaringkan 2 gol buat Pahang.

Mat yo

Penentuan sepakan penalti menyaksikan Norshahrul Idlan Talaha gagal menyempurnakan sepakan ke-4. Hafiz Kamal meranapkan impian JDT setelah menyempurnakan sepakan penalti ke-5  Pahang sekaligus memberi kemenangan 5-3 buat Pahang untuk dinobatkan sebagai juara.

[AdSense-B]

Kesimpulan

Setelah 2 kejuaraan berjaya dibawa ke Johor pada 1985 dan 1991, penulis mengharapkan JDT berjaya membawa kejayaan kali pertama dibawah jenama baru ini. Pastinya rakyat Johor amat merindui Piala Malaysia ini setelah 26 tahun tidak dibawa ke bumi Johor.

Akhir kata dari penulis:

Putera raja pewaris negeri,

Mewarisi ilmu bijak bistari,

Kesemua piala sudah dirasai,

Piala Malaysia ternanti-nanti.

Semoga kejayaan buat Johor Darul Ta’zim.

Baca juga: Konvoi 161 Kereta Ke Shah Alam Dari Kelab Kereta Harimau Selatan (KKHS)

Apa pandangan anda dengan artikel ini? Komen di bawah: