Minum Air Suam Dengan Secubit Garam

Minum Air Suam Dengan Secubit Garam Tiap Hari Banyak Khasiat Tersembunyi Rupanya

Umum mengetahui, terdapat banyak kelebihan minum air suam setiap hari. Selain itu, air suam juga boleh dicampur dengan secubit garam untuk tujuan kesihatan.

Garam merupakan antara makanan sunnah yang diamalkan oleh Nabi Muhammad SAW. Jadi, bolehlah cuba minum air suam campur garam setiap hari selepas ini.

MINUM AIR SUAM & SECUBIT GARAM SETIAP HARI, BAGUS!

Setiap pagi sebelum minum air apa pun saya akan minum air suam dengan secubit garam. Nabi Muhammad SAW turut mengamalkan pengambilan garam dalam kehidupan seharian baginda.

Setiap kali keluar mengembara, baginda akan mengambil secubit garam sebelum makanan atau minuman. Ini bertujuan untuk menstabilkan fungsi badan dengan persekitaran baru dan meningkatkan daya imun tubuh.

Daripada Abdullah bin Umar:

“Sesungguhnya Allah menurunkan empat perkara berkat (mempunyai kebaikan) dari langit (menerusi hujan) ke bumi iaitu besi, api, air dan garam.”

Menurut hadis riwayat al-Bazzar, Rasulullah SAW pernah menyarankan supaya memakan secubit garam pada awal dan akhir setiap kali minum dan makan.

Baginda berkata:

“Sesiapa yang memulakan minum dan makan dengan memakan secubit garam, Allah akan hindarkan 330 jenis penyakit, antaranya adala gila, kusta, sakit perut dan sakit gigi. Yang bakinya diketahui oleh Allah sahaja.”

Cara-caranya adalah:

1. Ambil segelas air suam dan letak secubit garam.

Lalu baca:

al-Fatihah 3 kali
Bismillah 3 kali
Ayat Kursi 1 kali
Selawat 3 kali
Sedia untuk diminum.

Antara kelebihan mengamalkan minuman ini adalah:

Dapat hilangkan angin dalam badan
Kurangkan sakit belakang
Melancarkan kitaran darah haid
Kurang mimpi bukan-bukan
Dapat tidur nyenyak
Dapat mengelakkan daripada gangguan sihir
Semoga bermanfaat dan selamat mencuba!

Baca juga: Penawar Kencing Manis & Darah Tinggi, Kena Minum Air Kelapa Muda Limau Nipis Ini

Sumber: Facebook Auni Page

Apa pandangan anda dengan artikel ini? Komen di bawah: