Ilustrasivaksin

Ini Penjelasan Doktor Mengenai Parut BCG Pada Bayi Anda, Ibu Bapa Jangan Risau Sangat

1) Apakah beza di antara vaksin dan immunisasi?

Immunisasi bermaksud proses memberi vaksin kepada bayi untuk mencegah sebarang penyakit berjangkit. Vaksin pula ialah bakteria/virus yang telah dilemahkan atau mati yang disuntik atau diberi secara oral kepada kanak-kanak untuk merangsang sistem imun badan untuk menghasilkan antibodi terhadap penyakit tersebut.

2) Apakah itu vaksin BCG?

BCG atau Bacillus Calmette Guerin merupakan upaya pencegahan penyakit TBC (Tuberculosis).Vaksin BCG itu sendiri merupakan kuman TB hidup yang sudah dilemahkan dan diharapkan ini dapat menciptakan antibodi pada tubuh bayi untuk melawan penyakit TBC.

3) Adakah vaksin ini 100% berkesan?

Vaksin BCG ini dilaporkan berkesan sehingga 80% untuk mencegah penyakit TB terutamanya TB selaput otak (TB Meningitis) atau TB sistemik ( Miliary TB).

4) Bagaimanakah suntikan ini diberikan?

Suntikan BCG akan diberikan di bawah lapisan kulit (intradermal) iaitu di antara lapisan epidermis dan dermis pada bahagian bahu kiri. Suntikan ini akan mengaktifkan sistem pertahanan badan (cell mediated immune response). Selepas suntikan, kawasan yang disuntik akan membengkak dan akan surut dengan sendiri dalam masa beberapa jam. Selepas itu, tempat suntikan akan membentuk bengkakan kecil (papule).

Papule ini akan membesar dan akan pecah dan membentuk luka (ulcer) dan kadang kadang bernanah. Luka ini akan sembuh dengan sendiri dalam masa 4 minggu. Luka yang sembuh ini akan meninggalkan parut pada bahu kiri. Ini adalah proses yang normal.

Bagaimanapun, kondisi luka atau bisul bernanah ini berbeza-beza pada setiap bayi. Bayi tetap boleh dimandikan. Benjolan boleh terkena air dan sabun, tetapi jangan ditekan-tekan atau dipicit.

Bila benjolan tersebut telah pecah dengan Sendiri, jangan gunakan alkohol, ubat luka seperti Betadine atau apa sekalipun. Cukup dilap dengan kain kasa dan air hangat saja. Jika anak mendapat bengkak kelenjar di bahagian leher atau ketiak, anda dinasihatkan membawa anak untuk berjumpa dengan doktor.

5) Bilakah suntikan ini akan diberikan?

Suntikan ini akan diberi semasa bayi lahir. Suntikan kedua akan diberikan pada usia 7 tahun jika tiada kesan parut BCG.

6) Bagaimana untuk mengetahui bayi sudah mengidap TBC?

Bila si bayi sudah terjangkit TBC, luka atau nanah akan muncul sebelum 2 minggu. Bila terjadi demikian, segera bawa bayi anda untuk mendapatkan pemeriksaan kesihatan lebih lanjut.

8) Apa akan berlaku jika saya TIDAK memberi vaksin BCG kepada anak saya?

Sekarang ini bilangan kes Tuberkulosis semakin meningkat. Jika anak anda TIDAK menerima vaksin BCG, dia akan terdedah kepada penyakit Tuberkulosis termasuk tuberkulosis paru-paru (Pulmonary TB), tuberculosis selaput otak (Tuberculous Meningitis) dan juga tuberculosis pada organ lain.

“Mencegah lebih baik dari mengubati”

Olahan dari artikel :
Dr Mohamed Najib (doktorbudak.com)
Dr Edward Surjono (id.Asianparent.com)

Apa pandangan anda dengan artikel ini? Komen di bawah: