Pemain Baru JDT 2018: Adam Nor Azlin
Lewat petang tadi Pengarah Sukan Kelab Bola Sepak Johor Darul Ta’zim, Martin Prest mengumumkan melalui laman fanpage ‘Johor Southern Tigers’ berkenaan Adam Nor Azlin telah pun sah menandatangani kontrak bersama Johor Darul Ta’zim (JDT).
Adam yang merupakan pemain bawah 23 tahun kebangsaan merupakan pemain yang serba boleh bermain di pelbagai posisi. Adam sebelum ini bertindak cemerlang dibahagian pertahanan membantu skuad Harimau Muda memenangi pingat perak di Sukan Sea Kuala Lumpur 2017.
[AdSense-B]Selain bermain di posisi pertahanan, beliau juga pernah bertindak sebagai pemain tengah dan juga penyerang ketika bersama Selangor dan Harimau Muda. Berikut serba sedikit tentang Adam Nor Azlin untuk peminat JDT lebih mengenali beliau.
Biodata Adam Nor Azlin
Nama penuh: Adam bin Nor Azlin
Tempat lahir: Klang, Selangor
Tarikh lahir: 5 Januari 1996
Umur: 21 tahun
Posisi: Pertahanan Tengah/Penyerang
Kerjaya Professional
2013-2014: Harimau Muda B
2014-2016: Harimau Muda A
2016-2017: Selangor FA
[AdSense-B]Rekod Penampilan
Harimau Muda B: 27 Penampilan, 10 gol
Harimau Muda A: 22 Penampilan, 6 gol
Selangor FA: 21 penampilan, 2 gol
Penulis merasakan Adam merupakan pembelian berbaloi oleh JDT. Dengan komitmen yang tinggi ditunjukkan dalam padang, beliau merupakan seorang pemain yang baik selain berkebolehan dalam pelbagai posisi. Kami berharap Adam dapat mengembangkan karier beliau bersama JDT selain terus memantapkan permainannya.
Akhir kata, Selamat Datang Adam Nor Azlin dari kami penyokong setia JDT.